“Awak ambil barang saya, jadi biar saya temankan
awak...”
MALAM
itu bulan mengambang penuh. Almaklumlah, malam pertengahan bulan Islam. Tia
tersenyum sendiri tatkala matanya menjamah panorama yang mengasyikkan itu.
Dari
celahan batu angin di tangga asrama itu, jelas di mata Tia menangkap cahaya
bulan yang begitu indah. Subhaanallah! Maha Suci Allah yang indah dan sukakan
keindahan hingga terciptanya suasana yang juga indah ini.
“Tia?
Baru balik? Daripada Pahang ke ni?” bertalu-talu soalan menyapa gegendang
telinga Tia. Dia mencari wajah pemilik suara yang menegurnya itu. Oh, Mila
rupanya. Lalu Tia mengangguk dan menghadiahkan senyuman buat temannya itu.
Mila,
rakan sekuliah merangkap jiran bilik sebelahnya di asrama kolej matrikulasi
itu.
“Untunglah
jadi ketua aras, boleh pergi sana sini. Best betul dapat jalan jauh-jauh ikut
kem kepimpinan...” sambung Mila lagi. Kedengaran nada cemburu di situ.
“Tak
best la Mila. Penat giler kot aku kena ragging
tiga hari ni. Nasib baik Jumaat esok cuti. Dapat jugak aku rehat. Kalau tak,
mahu pengsan. Eh, aku nak masuk bilik dulu la. Nak mandi! Badan dah bau busuk
bachen ni. Cuba kau bau...” ujar Tia. Laju sahaja Tia meniti anak tangga
menghampiri Mila.
Ketiaknya
ditalakan ke arah temannya itu. “Ishhh kau ni, kemproh! Pengotor!” Mila menepis
tangan Tia lalu menampar lembut bahu Tia.
Tergelak
Tia melihatkan muka cemberut Mila sambil menutup hidung.
“Huuu,
patutlah bau mashemmm. Dari sana kau tak mandi ke?” Tia hanya menggelengkan
kepala.
Langkah
kaki Tia segera diatur ke arah bilik yang sudah menjengah mata. Mila hanya
membuntuti hingga mereka berdua tiba di bilik kediaman masing-masing.
“Tia,
malam ni macam biasa eh. Setengah jam lagi aku mai bilik kau. Seram lah nak
tinggal sorang-sorang dalam bilik tu. Roommate
aku semua dah cabut balik kampung lepas habis kelas siang tadi.” Tukas Mila di
hadapan pintu biliknya, buat muka simpati.
“Of course lah, senget. Kau ni macam tak
biasa pulak berkampung kat bilik aku. Selalunya kau buat bilik aku macam bilik kau sendiri kan? Pelik pulak kau mintak permission hari ni. Aku tahu kau tu
penakut.. Tak boleh tinggal sorang. Tapi tunggu aku siap mandi dulu.” Tia
tercari-cari kunci biliknya di kocek beg yang sedang digalas di bahunya.
“Eleh,
cakap aku. Kau tu berani sangat ke? Dahlah minggu ni asrama lengang je. Ramai
balik rumah. Lagipun, malam ni dahla malam Jumaat. Jumaat Kliwon pulak tu. Aku
bukannya apa. Takut tetiba mak cik karipap terjengul kat tingkap bilik tu nak
menjual kat aku. Eeeiiii, seram! Takut!!” Mila meraup bulu tengkuknya yang
tegak berdiri.
Tia
yang baru sahaja ingin memusing kunci pintu, terbantut terus niatnya. Dia
membuang pandang ke arah lorong hadapan bilik-bilik kediaman. Malam ini memang
lengang! Tidak seperti selalu, pasti ada sahaja pelajar lain yang bersidai di
laluan itu. Kini, hanya dia dan Mila sahaja yang kelihatan. Mereka berdua
sahaja yang tinggal?
Baru
Tia teringat, minggu lepas hampir seluruh penghuni aras dua yang di bawah
seliaannya itu berduyun-duyun berjumpa dengannya. Untuk meminta dia
mendapatkan cop pengesahan balik daripada felo asrama. Memandangkan
Jumaat esoknya ini mereka bercuti. Hanya seorang dua sahaja yang tidak berbuat
demikian.
Tia
menepuk dahi! Ah, bulu romanya turut tegak berdiri. Seramlah pulak. Kunci di
tangan segera diputar bagi membuka tombol.
“Kau
takut jugak ke?” tanya Mila. Pelik dengan Tia yang tiba-tiba senyap itu.
“Isshhhh.
Mulut cabul lah kau ni, Mia. Dah dah dah. Aku nak masuk bilik dulu. Nanti kau
teman aku mandi eh...” hingga tersasul salah nama jadinya. Soalan Mila dibiarkan sepi tanpa jawapan. Malu hendak mengaku
takut.
Tanpa
membuang masa, Tia memulas tombol pintu. Menerobos masuk ke dalam biliknya.
Meninggalkan
Mila sendirian. Gadis itu mengukir senyuman. Penuh tersirat.
*****
“Mila..
Oh Mila...” panggil Tia. Pintu bilik Mila diketuk. Tiada jawapan bersahut.
Tombol pintu dipulas. Berkunci. Tia hampa.
“Mana
pulak minah senget ni pergi? Tadi kan dah janji nak temankan aku mandi.” Dengan
wajah dan bau badan yang masam mencuka, tertunduk dia dalam kehampaan.
Langkah
kakinya segera dihayunkan. Berpatah balik melalui hadapan biliknya sekali lagi,
menuju ke arah tandas yang tidak berapa jauh dari biliknya itu. Ikutkan hati,
dia malas hendak mandi apabila tiada yang temankan.
Tapi
badannya yang melekit dan hampir melengas itu minta dibersihkan. Lebih-lebih
lagi dia harus mensucikan diri, kerana baru habis ‘cuti perempuan’.
“Kusss
semangat!” terkejut gadis itu apabila panggung kepala sahaja, wajah Mila
menjamah mata. Tepat-tepat di hadapannya di tengah-tengah pintu tandas aras dua
itu. Dengan mata terbeliak begitu memandang tajam ke arah Tia. Rambutnya pula
menutup sebahagian wajah. Betul-betul macam hantu!
Bagai
nak luruh jantung Tia, terkejut sangat!
“Makkkk,
hantu!!!” jerit Tia. Hampir-hampir terduduk dia dibuatnya gara-gara terkejut.
“Hahahaha!!
Oit Tia. Ni aku lah... Mila...” ujar gadis itu sambil mencuit bahu Tia yang
sudah mencangkung sambil menutup wajah itu.
“Kau
ni!! Terperanjat aku! Sengal lah... Hantu punya kawan.” marah Tia. Geram!
Berkerut seribu dahinya. Merengus panjang sudahnya.
Terkekek-kekek
Mila ketawa sambil menekan perutnya. “Oiii, malam Jumaat gini jangan
sebut-sebut pasal hantu lagi. Kang muncul betul baru tahu.”
“Kau
lah. Bengong. Rasa nak tercabut jantung aku ni tau tak?” Tia menjeling
sahabatnya itu sebelum bergerak ke arah sinki yang bersusun di dalam tandas itu.
Bakul
kecil yang berisi barang mandiannya diletakkan kasar di tepi mangkuk sinki.
Geramnya tak habis lagi.
Melihatkan
Tia yang masih marah, Mila menghulurkan kata maaf. “Alah... Sorry lah Tia. Aku
gurau je. Janganlah marah...”
“Kau
diri situ. Teman aku...” arah Tia. Dirinya ralit melepaskan ikatan rambut
panjangnya. Mila hanya memerhati.
“Alamak,
Tia. Aku rasa nak terkucil la pulak. Sat eh,” bingkas Mila berlari masuk ke
dalam bilik air yang bersusun menghadap susunan bilik mandi di tandas itu.
Kedua-duanya benar-benar di belakang Tia.
Tia
hanya memerhati dari pantulan cermin, susuk tubuh Mila masuk ke dalam bilik
air. ‘Masa ni lah dia nak terkucil nak apa lah. Aku suruh temankan pun payah.’
Tia
mencapai berus gigi lalu dipicit ubat gigi ke atasnya. Sambil memberus gigi,
Tia memandang pantulan dirinya di cermin. ‘Alamak, seramlah pulak sorang-sorang
gini,’desisnya.
Selesai
berus gigi, Tia tertunduk pula. Dibilas sebersih mungkin mulutnya. Berus gigi
dicampak ke dalam baldi mininya. Tanpa sedikit pun memandang cermin. Pada saat
inilah....
Tia
tidak menyedari...
Pantulan
imej dirinya di cermin itu tidak berbuat yang sama sepertinya! ‘Tia’ di cermin
itu masih berdiri tegak, tertawa sinis sambil matanya tajam merenung Tia yang
sebenar...
Masih
tertunduk, Tia menarik baldi mini itu lantas menoleh ke belakang. Sepantas
lipas kudung Tia menuju ke salah satu ruangan bilik mandi yang terletak di sebelah kirinya.
Sayang...
Tia masih tidak menyedari senyuman sinis dan renungan tajam daripada ‘Tia’ yang
di dalam cermin itu. Ralit ‘benda’ itu memerhatikan Tia berlalu pergi sebelum
ianya hilang dalam bentuk titik-titik halus.
“Aik,
siapa pulak yang nyanyi ni? Mila ke?” Tia pelik apabila ada lantunan suara
menyanyikan irama yang... lama! Irama tradisional! Bagaikan lagu yang
dinyanyikan di istana pada zaman kesultanan Melayu lama dulu. Mendayu-dayu
suara itu bernyanyi.
“Jikalau
tuan hamba berkenan di hati... Hurmmm...”
Begitu
merdu suara itu bernyanyi diiringi bunyi pancuran air, betul-betul dari sebelah
ruang mandi yang menempatkan Tia.. Tia menyedapkan hati. ‘Itu mungkin Mila yang
nyanyi kot.’ Meskipun dia pelik, sejak bila pula temannya ini ‘layan’ lagu
irama tradisional.
Setahunya,
lagu Taylor Swift yang sering didendangkan oleh Mila. ‘Dah tukar selera kot...’
Tia menyedapkan hatinya lagi. Menyambung mandi wajibnya.
Usai
Tia berwudhuk, suara nyanyian itu pun hilang. Suasana di dalam tandas kembali sunyi. Sepi.
Perasaan
seram dalam diri Tia terus memuncak.
Dup
dap... Dup dap... Hatinya berdebar
kencang...
Apabila
dia keluar daripada bilik mandi tadi, tiada siapa di situ! Semua bilik mandi di sebelah-menyebelah dan bilik air tempat melepaskan hajat di hadapannya itu kosong. Tiada siapa
pun! lantai juga kering. Hanya di ruangan Tia mandi sahaja yang lantainya basah
disirami air.
Tanpa
membuang masa walau sesaat pun, Tia berlari keluar daripada situ.
“Mila,
kau nyanyi eh tadi dalam tandas?” fokus Tia memandang Mila yang bersandar di
sebelah pintu utama tandas.
“Mana
ada. Aku tengah layan Facebook daripada tadi ni. Tunggu kau siap mandi lama
sangat,” Mila menunjukkan telefon pintarnya kepada Tia.
“Err...
Yeke?” terus meremang bulu roma satu badan Tia.
‘Habis
tu siapa yang nyanyi tadi?’ pertanyaan itu terus berlegar di kotak minda Tia.
“Mila,
aku nak solat and baca Yasin dulu kat
bilik. Kau nak tunggu aku kat bilik aku ke?”
“Lagi
satu aku nak tanya, tadi...” belum habis dia ingin menyoal...
Telefon
di tangan Mila berdering tiba-tiba. “Jap
eh...” tukas Mila sambila matanya ralit membuang pandang ke arah skrin telefon.
“Alamak,
parents aku call la Tia. Nanti dah siap, aku masuk bilik kau...” pantas Mila
menjawab panggilan sambil berjalan menuju ke arah balkoni yang berdekatan
dengan penyidai aras dua. Tiga langkah
sahaja dari pintu bilik Tia.
Tia
menggeleng-gelengkan kepala. Mila kalau dah bergayut dengan family dia, mesti
lama punya. Berasa selamat tatkala Mila tidak berapa jauh daripadanya, Tia
segera masuk ke dalam biliknya.
*****
“Shodaaqallahul
‘azim...” ucap Tia mengakhiri bacaan Yasinnya. Kemudian dia menadah tangan,
mulutnya terkumat-kamit membaca doa. Tenang sedikit fikiran dan hatinya yang berserabut kerana kejadian tadi.
Baru
sahaja telekung dilipat dan disimpan di dalam locker, Tia membuang pandang ke arah pintu. Kedengaran pintu bilik
diketuk beberapa kali sebelum dikuak lebar.
Mila
dan Farah menapak masuk ke dalam sambil berbual sesama mereka.
“Baru
balik Farah?” tegur Tia kepada teman sebiliknya itu. Hanya Farah seorang teman
biliknya yang tidak pulang minggu ini. Dua orang lagi sudah pulang ke rumah
masing-masing siang tadi.
“Ha’ah
Tia...” jawab Farah ringkas. Garis kepenatan jelas terukir di wajah gadis itu.
Mila
pula sudah menghenyakkan punggungnya di atas katil Tia. Betul-betul
bersebelahan dengan Tia duduknya.
“Lah,
bukan Far ada date dengan pakwe Far
ke hari ni? Awal balik..” tanya Tia lagi. dipandang wajah teman sebilik yang
ruangannya itu bertentangan dengan ruangan Tia. Selalunya Farah akan stay up di luar beramai-ramai. Pelik juga Farah sanggup balik kolej semula malam ini.
“Nak
buat macam mana. Pakwe dia ada hal...” Mila pula tolong jawab.
Tia
pula mengangguk. “Ohhh...”
“Okay,
Far nak gi basuh muka jap. Satgi Far masuk balik ye join korang,” ujar Farah
sebelum meloloskan diri ke luar bilik.
Tia
dan Mila hanya memandang sepi.
“Hah,
Tia cerita lah kat aku apa yang kau buat kat kem tu? Best tak?” tanya Mila, mematahkan kesepian di dalam
bilik itu.
“Best.
Best sangat...” balas Tia sambil membuat thumbs
up.
Beg
galas yang terletak di kaki meja studinya yang juga terletak di sebelah katil
itu dicapainya. Tia mengeluarkan sesuatu daripada beg itu.
Mila
ternganga. Kagum!
“Tia,
mana kau dapat ni? Cantiknya!!” segera Mila mengambil dua batang kayu halus
yang terukir cantik seakan menyerupai seruling kecil lagi halus itu daripada
tangan Tia.
“Aku
jumpa masa buat jungle trekking kat hutan lipur semalam. Cantik kan? Tu yang
aku ambik tu... Unik kan...”
“Ha’ah...
Unik. Lawa. Nampak macam ala-ala replika seruling lama. Seruling mini
mungkin...” Mila mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Apa
tu ?” tanya Farah yang tiba-tiba terjengul sambil menudingkan jarinya ke arah ‘seruling’ halus itu.
“Seruling
mini...” jawab Tia.
“Mana
jumpa?” tanya Farah lagi sambil membelek salah satu kayu ‘seruling’ itu.
“Kat
Hutan Simpan Endau-Rompin masa buat jungle
trekking semalam...” Tia menerangkan sekali lagi. Tadi kepada Mila,
sekarang kepada Farah pula.
“Wahhh,
berani ek Tia ambik. Barang macam gini bukan ada penunggunya ke? Lagi-lagi
kalau ambik kat hutan. Kata orang, tiap barang seunik macam ni, ada
‘teman’nya... Tak boleh ambil sesuka hati...” tukas Farah panjang-lebar.
Matanya tidak kalih memerhatikan ukiran kayu itu. Ditatapnya penuh minat.
“Err...
Yeke? Tia tak percayalah Far.” Entah kenapa tiba-tiba bulu romanya kembali
menegak apabila Farah menekankan kalimah ‘penunggu’ itu.
“Hati-hati
Tia. Jangan nanti benda tu datang nak berteman pulak dengan Tia...” tambah Far
lagi. Cuba menakutkan temannya ini.
“Far...
Jangan takutkan Tia!” wajah gadis itu mendung. Pucat lesi. Berdetak kencang
degupan jantungnya tika itu. Bantal kecil miliknya dilemparkan ke arah Farah.
“Hahaha...
Penakut jugak rupanya Tia ni. Comel!” Farah dan Mila tergelak melihatkan Tia
yang sudah cuak semacam.
“Itulah
tadi tengok macam berani sangat. Penakut jugak rupanya ketua aras kita ni.”
usik Mila pula. Dia menepuk tapak tangan yang dihulurkan Farah. Give me five!
Berlarutan tawa mereka. Lucu melihatkan Tia yang ketakutan.
“Dahlah,
Tia nak rehat. Penat! Nak tidur!” rajuk Tia. Terkena lagi dia!
Tangannya
pantas mencucuk pengecas bateri ke telefon pintarnya. Macam manalah dia boleh
terlupa untuk mengecas telefon bimbitnya sedari tadi.
Sudah
berapa jam telefonya tidak dihidupkan. Gara-gara kehabisan tenaga bateri. Power bank miliknya juga sama.
“Dah,
korang blah sana. Tia nak tidur!” halau Tia.
“Lahhh
pulak...” Mila dan Farah akur. Farah kembali ke katilnya.
“Habis
aku? Nak tidur mana?” tanya Mila pula.
“Tu
katil Zeti ada. Katil Iza ada.” Jarinya menuding ke arah katil-katil dua orang
lagi rakan biliknya yang kosong.
“Alah,
takpelah aku tidur kat tikar kau ni je. Pinjam bantal dan selimut roommate kau
ni ye..” Mila mencapai bantal dan selimut milik Zeti.
“Eleh,
macam tak biasa pinjam je sebelum ni.” ejek Tia.
“Tidurlah
korang. Tia penat kan. Tidur. Rehat. Jangan takut... Kitorang kan ada
temankan...” sampuk Farah lalu menutup suis lampu bilik. Gelap-gelita bilik
itu.
Tia
menarik selimut menutup seluruh badan. Berselubung. Dia masih berasa seram
sejuk! Tidak menyedari seruling mini itu masih di genggaman tangan kirinya.
Telefon
pintar Samsung Galaxy W miliknya pula masih kemas berada dalam genggaman tangan
kanannya. Butang on ditekan. Dalam
selubungnya, Tia fokus membelek telefon bimbitnya. Takut terlepas info penting.
Paparan jam di telefonnya menunjukkan sudah tepat pukul 12 tengah malam.
‘Aik,
apasal sampai berpuluh missed call
daripada Farah and Mila ni?’ getus Tia, kehairanan. Selama mereka berbual tadi,
tidak pula mereka sebut apa-apa.
Selang
beberapa minit, satu mesej masuk. Mesej yang membuatnya terasa ingin pitam!
Tia, kenapa tak jawab
call? Far harap2 sangat Tia tak masuk bilik. Far harap Tia terus jumpa felo time Tia
baca mesej ni kalau Tia dah tiba kat matrik. Jangan berani tidur bilik sorang-sorang! Kami dah cuba call Tia
tapi tak dapat. Dengar cakap Far, jangan berani masuk bilik kita langsung malam
ni. –Farah.
Selepas
itu satu mesej daripada Mila pula masuk.
Tia, kau kat mana ni? Risau
aku!!! Aku harap kau baca mesej ni sebelum kau masuk bilik kau. Aku dengan Farah
n Zeti tengah on the way hantar roommate
kau Iza balik kampung dia ni. Iza kena rasuk teruk siang tadi! So, kitorang
kena tunjuk jalan kat felo hantar dia balik rumah. Ingat! jangan masuk bilik
kau langsung! Even jangan berani naik ke tingkat dua. Semua orang aras dua dah
diarah kosongkan bilik masing2 sebab benda tu berlegar kat aras dua. Ustaz cuma
sempat pasung benda tu dekat-dekat bilik basuh. Sementara tunggu ustaz lain
yang lebih handal untuk tgkap n musnahkan benda tu sebelum terbit matahari esok
pagi. Aku harap kau okay Tia....Aku harap sangat kau tak balik hostel hari
ni... –Mila.
Gulp!!!
Kali
pertama mesej masuk tadi Tia seakan tidak percaya langsung. Mungkin hanya prank. Tapi mesej kedua ini benar-benar
membuat dia menggeletar bukan setakat lutut sahaja. Satu badan duq menggeletaq
ni!
Farah
dan Mila tidak pernah menipunya seteruk ini. Peluh terus merenik di dahi Tia.
Sukar! Sukar untuk dia percaya! Tak mungkin!!!
Kalau
Farah dan Mila takde di sini sekarang ini. Habis tu... Siapa yang berbual
dengannya sedari tadi??
“Tia...”
“Tia...”
“Tia...”
Panggilan
itu... semakin lama semakin menghampiri telinganya...
Membuatkan
Tia mengeratkan lagi pelukan lututnya. Mengerekot dia menahan takut. Matanya
dipejam serapat mungkin. Seiring menutup telinganya. Menggigil dan
menggeletarnya dia tak usah dikata. Bagaikan nyawa menunggu masa melayang
daripada jasad rasanya!
“Saya
tahu awak belum tidur, Tia...” bisik suara itu di telinganya. Halus...
“Jangan
takut. Benda jahat tu takkan dapat kacau awak. Awak dah ambil barang saya, jadi
saya akan temankan awak...”
Di
kejauhan, kedengaran nyaring suara mengilai...
Heeee...
Heeee... Heeee....
Semakin
lama kedengaran semakin dekat suara ngilaian itu di muka pintu biliknya. Tia
terus terkumat-kamit membaca ayat-ayat Al-Quran yang terlintas di fikiran.
Habis tunggang-langgang semuanya sudahnya.
Ayat
terakhir Ayat Kursi itu diulang-ulangnya sebanyak mungkin. Jantungnya pula
semakin laju mengepam darah ke seluruh badan. Takutnya dia!!!
‘Ya
Allah, bantulah hamba-MU ini...’
“Jangan
takut Tia... Kami ada temankan awak... Kami ada... benda tu takkan apa-apakan
awak...” bisik dua suara halus itu lagi. Selepas itu Tia berasa ada tangan sasa
yang menjalar di tubuhnya. Memeluk erat tubuhnya.
Tia
sudah terdiam. Tidak sedarkan diri! Dia sudah tidak kuat...
*****
“Tia?”
Ada tangan yang menampar lembut pipinya.
“Tia,
bangun Tia...” perlahan-lahan gadis itu cuba mencelikkan mata. Matanya silau
dipanahi sinaran cahaya matahari yang menerobos masuk melalui tingkap biliknya.
“Puannn!!!”
terus Tia memeluk wanita yang menampar-nampar perlahan pipinya itu tadi. Felo
asramanya rupanya. Sejurus itu air matanya dihamburkan.
“Tia,
awak okay?” Tia hanya menganggukkan kepala.
“Saya
nak balik!!!” desak Tia. Meracau-racau sebelum rebah semula.
“Ya
Allah, Tia.. Awak demam teruk ni...” memang benar. Suhu badan Tia sudah naik
mendadak. Hingga felo itu terasa bahangnya saat dipeluk gadis itu tadi.
*****
Sudah
seminggu dia berada di rumah. Diberi izin cuti setelah dia ‘terselamat’
daripada gangguan makhluk halus yang mengganggu asramanya itu.
Tapi...
‘Makhluk’
dua ekor ini masih ingin menemaninya... Rupa mereka menyerupai pahlawan Melayu
lama. Siap bertanjak dan ada keris yang disisipkan di pinggang. Manis tersenyum kepadanya.
“Tia...
Awak masih ada barang kami, kami akan temankan awak...” silap dia kerana ukiran seruling itu masih ada padanya.
Silapnya kerana dia terlupa di celah mana dia simpan
seruling kecil itu!
Ahhh...
Fikirannya
sasau kerana terlalu terkejut dengan insiden gangguan itu. Membuatkan dia
terlupa hampir banyak perkara. Apalah nasib badan...
“Selagi
awak ada seruling itu, selagi itu kami akan temani awak...”
Tia
kembali termenung... Membiarkan dua orang ‘pahlawan’ Melayu lama ini duduk di
dekatnya. Dia tidak inginkan semua ini terjadi... Dia tidak mahu ‘teman’ yang
tidak sama alam dengannya!
Apa
yang harus dilakukan? Tia terus dihimpit kebuntuan...
Uisshhh..serammmmmmm....
BalasPadamTerbaik ct! :)
Hehe thanks kak Dhila kusayang... Mmuaahh ciked... :*
PadamUishhhh seram...sakit dada baca....
BalasPadamHarap2 tia pulangkanlah seruling tu ke tempat asal...
Hehehe. Tq komen. Nak sambungan ke? Haha
PadamMeremang bulu roma den
BalasPadam-weeda-
Meremang ek? Hehe.
PadamNak sambungan plezzz...hehehe...
BalasPadamSeram2 pun best
Insya-Allah.. Ada rezeki saya sambung, ya. Atiqah :)
PadamAde smbungan dh ke? Bce siang hr pun jntung bdegup lju.. hihi. Best
BalasPadamHehehe, terima kasih komen.. Belum ada sambungan lagi, sis. Saya agak sibuk siapkan manuskrip lain dulu... ^^
PadamTerbaik cik ct. .. Sye tak sbar nk tggu smbungn nyer :)
BalasPadamTerima kasih. Insya-Allah, ada rezeki saya cuba sambung :)
PadamPergh!! Ohsem..
BalasPadamPesanan orang tu ada sebabnya.. Bila dah mengambil, maka adalah yang mendamping.. Ish.. Ish..
Memang seram, dan betullah kata orang, jangan ambil apa2 barang yang bukan milik kita, risau kot ianya dah ada yang 'berpunya'..
BalasPadam