SweetMuslimah.com







Friday, January 1, 2016

Teaser Baru | Karya Baru Yang Bakal Menyusul...

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka

.:Random Teaser:.


"Kita kahwin?" soal si jejaka sambil dijongketkan sebelah keningnya.
Hana terkesima. Gilalah!
"Saya ni masih seorang pelajar. Pelajar di kolej matrikulasi pula tu. Undang-undang matrik, student mana boleh kahwin selagi bergelar pelajar sini," ujar Hana, bersungguh-sungguh. Hingga berkerut dahinya cuba menerangkan situasi sebenar.
Si jejaka di sebelah hanya mampu memuncungkan bibir. Terkulat-kulat dia membuang pandang ke arah wajah Hana.
Sebenarnya dia kaget melihatkan Hana bertegas begini. Nampak beria-ia sungguh gadis yang sudah mencuri hatinya ini memberikan penjelasan. Dah macam peguambela melontarkan hujah belaan. Serius habis!
Melihatkan Farizzul Aniq terkedu, Hana sedar, jejaka itu terkejut dengan cara penegasannya. Satu sisi yang jarang ditunjukkan kepada lelaki kacukan Melayu-Korea-Amerika ini. Dia tak sengaja, membalas dalam nada seakan merungut tadi.
Hana hela nafas sedalam yang boleh sebelum nafas dihembus, juga agak kasar. Situasi jadi sepi. Masing-masing melarikan pandangan, cuba menenangkan keadaan seketika. Aniq pandang ke arah kanan. HAna pula tertunduk, menyedari kekhilafan diri. Kedua-duanya cuba menyejukkan hati yang agak panas. Bukan hati je yang nak panas, muka pun panas. Padahal cuaca di sekitar kafe kolej ini amatlah redup.
Maklumlah, darah dah laju serbu ke muka. Kerana terlalu terkejut dengan situasi yang tak dapat diduga ini.
Hana angkat muka. Pandangannya dan Aniq yang duduk berhadapan dengannya ini bertembung.
Terkebil-kebil mereka berdua memandang satu sama lain. Kedua-duanya telan liur. Kasar.
"Kalau macam tu, kita tunang dulu?" Persoalan dari bibir merah jambu Farizzul Aniq menerjah gegendang telinga Hana.
Dikenyit matanya lalu mengangkat-angkat keningnya, sebelum senyuman berlesung pipit itu terukir di wajah jejaka kacukan ini.

"Tunang???"
Nurin Hana Rose melopong. Tergamam. Nak jawab apa?
★★★★★☆☆☆☆☆★★★★★☆☆☆☆☆


Psstttt.... agak2 cerita mana ek?
Korang rasa menarik tak?
Nama watak2 tu macam kenal ?
Huhuhu...


Ok lah, tak nak berteka-teki... tajuknya kat bawah ni haaa....