Skip to main content

Teaser Baru | Karya Baru Yang Bakal Menyusul...

.:Random Teaser:.


"Kita kahwin?" soal si jejaka sambil dijongketkan sebelah keningnya.
Hana terkesima. Gilalah!
"Saya ni masih seorang pelajar. Pelajar di kolej matrikulasi pula tu. Undang-undang matrik, student mana boleh kahwin selagi bergelar pelajar sini," ujar Hana, bersungguh-sungguh. Hingga berkerut dahinya cuba menerangkan situasi sebenar.
Si jejaka di sebelah hanya mampu memuncungkan bibir. Terkulat-kulat dia membuang pandang ke arah wajah Hana.
Sebenarnya dia kaget melihatkan Hana bertegas begini. Nampak beria-ia sungguh gadis yang sudah mencuri hatinya ini memberikan penjelasan. Dah macam peguambela melontarkan hujah belaan. Serius habis!
Melihatkan Farizzul Aniq terkedu, Hana sedar, jejaka itu terkejut dengan cara penegasannya. Satu sisi yang jarang ditunjukkan kepada lelaki kacukan Melayu-Korea-Amerika ini. Dia tak sengaja, membalas dalam nada seakan merungut tadi.
Hana hela nafas sedalam yang boleh sebelum nafas dihembus, juga agak kasar. Situasi jadi sepi. Masing-masing melarikan pandangan, cuba menenangkan keadaan seketika. Aniq pandang ke arah kanan. HAna pula tertunduk, menyedari kekhilafan diri. Kedua-duanya cuba menyejukkan hati yang agak panas. Bukan hati je yang nak panas, muka pun panas. Padahal cuaca di sekitar kafe kolej ini amatlah redup.
Maklumlah, darah dah laju serbu ke muka. Kerana terlalu terkejut dengan situasi yang tak dapat diduga ini.
Hana angkat muka. Pandangannya dan Aniq yang duduk berhadapan dengannya ini bertembung.
Terkebil-kebil mereka berdua memandang satu sama lain. Kedua-duanya telan liur. Kasar.
"Kalau macam tu, kita tunang dulu?" Persoalan dari bibir merah jambu Farizzul Aniq menerjah gegendang telinga Hana.
Dikenyit matanya lalu mengangkat-angkat keningnya, sebelum senyuman berlesung pipit itu terukir di wajah jejaka kacukan ini.

"Tunang???"
Nurin Hana Rose melopong. Tergamam. Nak jawab apa?
★★★★★☆☆☆☆☆★★★★★☆☆☆☆☆


Psstttt.... agak2 cerita mana ek?
Korang rasa menarik tak?
Nama watak2 tu macam kenal ?
Huhuhu...


Ok lah, tak nak berteka-teki... tajuknya kat bawah ni haaa....

(Tajuk dia ni masih dalam cadangan. Haha~^_^)

translated : #Saranghae Till Jannah. 

Bakal serius dimulakan penulisan penuh secara bab by bab pada bulan depan... Full bab by bab cerita ini bakal dikongsikan di blog ini mulai pertengahan bulan Januari 2016 atau awal Februari 2016~^^

Dah habis baca teaser ni? 

Tentang Farizzul Aniq dan Nurin Hana Rose tu. Ini cerpen asalnya, cerpen pertama saya, menggunakan nama pena lama, Roxalynne. Kat p2u saya guna tajuk Mencintaimu Hingga ke Syurga. 


Kat atas tu, Ct dah up kan sekadar teaser secuit untuk rangkaan manuskrip novel/ mini novelnya. (kita tengok dulu berapa mukasurat yang Ct berjaya capai... Kalau sekitar 250-300 sahaja, maka jadilah mini novel... Kalau 400++ ke atas maka jadilah novel...)
Insya-Allah, kalau diluluskan, cerpen ni akan menuju versi cetak dalam beberapa bulan lagi, dengan tajuk asal : Love You Till Jannah. Terdapat beberapa perubahan dan penambahan yg telah saya siapkan untuk cerpen LYTJ versi cetak ini... Doakan saya agar cerpen ini diterima, barulah saya bersemangat nak kembangkan~^^
Muhammad Farizzul Aniq Hyun...

Nampak macam kenal dengan watak dalam Penghalang Bahagia si Zariff Izzat Rafqie tu?
Well... Hahaha... Diorang sebenarnya adik-beradik^^
Bakal diketengahkan juga kehidupan keluarga Hyun dalam versi mini novel #STJ nanti^^
*gambar ni, nampak sangat aku bias habis kat Lee Jong Hyun (CN BLUE) nim. Semua watak nak dia ^^ *

Kalau korang rasa cerita ni sesuai untuk dikembangkan menjadi mini novel / novel, Ct nak mulakan projek penulisannya dalam tahun 2016 ni dengan tajuk baru, Saranghae Till Jannah dan teaser2 bakal diupdate di sini dan juga di blog Dunia Ct Roxalynna... ^^
P/S : Siapa nak ditag kat grup Fb : Dunia Ct Roxalynna untuk teaser ‪#‎SaranghaeTillJannah‬ silalah like Facebook Ct ni : https://www.facebook.com/CtRoxalynna/ ...^^

***************************************************
Oh My Candy Crush... Next Door?
****************************************************

Kalau nak ditag untuk Oh My Candy Crush...Next Door? sekali, silalah put your comment here ataupun grup Facebook Dunia Ct Roxalynna, grup yang dicipta khas untuk aku berkongsi teaser idea tiba2 aku kat situ huhuhu...^^
Bagitahu nak tajuk dan nak ditag untuk cerita mana sekali nanti okay^^

Sekian, saranghamnida, kamsadeurimnida~^^

Comments

Post a Comment

Dah baca post entry ni? Ace komen sikit.. ^^

Popular posts from this blog

[CERPEN : Special Hari Raya] Di Hujung Harapan Aidilfitri

P/S : masih terdapat kesalahan ejaan / perkataan yg masih belum sempat diedit. Harap maaf.
Selamat Membaca.
Kupinta mohon dan maaf atas segala kesilapan dan kekurangan cerpen ini.


DI HUJUNG HARAPAN AIDILFITRI
PAGI 1 Syawal. Setelah orang ramai pulang dari solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Laa ilaaha illallahu Allahu Akbar, Allahu Akbar walillahilhamd...
            Takbir raya berkumandang di siaran televisyen. Cukup sayu kedengaran bagi mereka yang menghayatinya sepenuh hati. Takbir yang menandakan rasa syukur atas kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.
“Ayish nak salam atok.”
Anak kecil yang baru berusia tiga tahun setengah itu tersenyum ceria. Petah sungguh tutur bicaranya. Di dalam fikiran anak ini hanya tergambar keriangan suasana hari raya. Tiada langsung gambaran duka.
Lebih-lebih lagi apabila melihatkan segenap ruang di rumah kampung datuknya ini dipenuhi saudara-mara yang pulang beraya. Semakin sukalah dia dibuatnya.
Sung…

[CERPEN] Labiu, Mr. Taxi Driver Celupku~

“Zareen Imtiyaz Imani!!!”
            “Oiiii, mak nenek aku mau copot jantungku! Eiii aleyyy aleyyy, terperanjat eyyyy!!!”
            Novel di tanganku terlepas. Habis jatuh ke lantai novel yang baru kuhabis baca separuh itu. Sungguh!Aku terkejut sangat! Makhluk tuhan yang mana pulak jerit nama aku ni? Nak gugur jantung aku dengar jeritan bak halilintar membelah bumi ni.
“Astaghfirullahal ‘azim...” Mengucap panjang aku selepas ‘termelatah’ tadi. Aku menenangkan diri seketika. Kemudian dengan pantas aku menoleh ke belakang. Ingin melihat siapalah agaknya gerangan malaun yang buat aku hampir kena heart attack tadi ni.
Huh??? Huk aloh, minah ni yang bikin kecoh rupanya. Siot punya kawan. Aku pandang sekeliling pula. Segera aku tundukkan kepala bila tersedar akan sesuatu. Cover wehhh, cover kononnya ambil novel yang terjatuh kat bawah tadi. Hihihi. Mana tak malu woooo bila tengok beberapa orang kat meja sebelah dah tersengih macam kerang busuk tengok aku melatah macam mak nenek t…

[Cerpen Seram] Teman...

TEMAN... “Awak ambil barang saya, jadi biar saya temankan awak...”
MALAM itu bulan mengambang penuh. Almaklumlah, malam pertengahan bulan Islam. Tia tersenyum sendiri tatkala matanya menjamah panorama yang mengasyikkan itu. Dari celahan batu angin di tangga asrama itu, jelas di mata Tia menangkap cahaya bulan yang begitu indah. Subhaanallah! Maha Suci Allah yang indah dan sukakan keindahan hingga terciptanya suasana yang juga indah ini. “Tia? Baru balik? Daripada Pahang ke ni?” bertalu-talu soalan menyapa gegendang telinga Tia. Dia mencari wajah pemilik suara yang menegurnya itu. Oh, Mila rupanya. Lalu Tia mengangguk dan menghadiahkan senyuman buat temannya itu. Mila, rakan sekuliah merangkap jiran bilik sebelahnya di asrama kolej matrikulasi itu. “Untunglah jadi ketua aras, boleh pergi sana sini. Best betul dapat jalan jauh-jauh ikut kem kepimpinan...” sambung Mila lagi. Kedengaran nada cemburu di situ. “Tak best la Mila. Penat giler kot aku kena ragging tiga hari ni. Nasib baik Jumaat eso…