Skip to main content

[2014] Pertandingan Penulisan Kreatif UMT

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi...
Bulan April (2014) yg lepas aku diberi peluang buat kali pertamanya mengikuti pertandingan menulis cerpen...
Syukur sangat2, atas rezeki yang diberikan, aku memenangi tempat ke-3...




Dan yang paling syokkk ialah bila dapat tahu yg pemenang tempat ke-2 ialah kak Najwa Rahman, penulis novel 'Dia Imamku' dan 'Jadi Milikku'~ :)

Aku mula minat akak Najwa sejak ada kakak senior yang sama fakulti dgn aku recommend, suruh baca novel 'Dia Imamku', dan sekali tak sangka, rupa2nya kak Najwa Ulfah ni kawan kakak tu dan senior aku jugak... Cuma, bezanya kak Najwa ni student Food Tech, aku pulak course lagi satu...
Tapi, kami sama-sama pelajar Sains Makanan...
Wuuuu, sorry.... Just teruja sangat. Seumur hidup aku, tak pernah jumpa penulis terkenal depan-depan mata... Hehehehehehe~
Tu yg excited terlebih ni...
Maaf, gambar kak Najwa tak dapat dikongsikan, hanya fb je dpt kongsi, sbb takut langgar hak peribadi n privacy kakak yg amat aku hormati ni...
Hihihi~

Nggeeee~ Thanks a lot akak dua2! Love you both!

Okey, berbalik kpd cerita cerpen aku yang bertajuk 'Love You Till Jannah',



 Biar aku singkatkan...
Sinopsisnya macam ni,  ceritanya mengisahkan seorang gadis muda bernama Nurin Hana Rose dan suaminya, Muhammad Farizzul Aniq Hyun yang terpisah kerana keadaan yang amat memilukan.

Selamat membaca. :)

Dah habis baca, tolong komen, ya... :)
Terima kasih...

Note : Kat bawah ni ada yang aku kongsikan berkaitan dengan ending cerpen aku tu...
Sudi-sudikanlah menjenguk ya....
Mostly, aku share pasal pandangan orang sekeliling tentang cerpen aku yang banyak kelemahan ini... T_T



Ramai kawan2 tegur, aku berani mati betul buat cerita pasal MH370. (masa aku tulis cerita tu, baru lepas sebulan kejadian kehilangan pesawat MH370 tu).... Sejujur2nya aku minta maaf bagi pihak yg terlibat lagi terkilan, aku hanya menulis cerita ini berikutan aku begitu bersimpati dgn salah seorang ahli keluarga krew MH370...

Cerita ini adalah tribute atas insiden kehilangan MH370 yang amat menyayat hati seluruh rakyat Malaysia.

#Al-Fatihah~

Mereka yang tersayang, takkan mungkin terlupakan...






Comments

Popular posts from this blog

[CERPEN : Special Hari Raya] Di Hujung Harapan Aidilfitri

P/S : masih terdapat kesalahan ejaan / perkataan yg masih belum sempat diedit. Harap maaf.
Selamat Membaca.
Kupinta mohon dan maaf atas segala kesilapan dan kekurangan cerpen ini.


DI HUJUNG HARAPAN AIDILFITRI
PAGI 1 Syawal. Setelah orang ramai pulang dari solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Laa ilaaha illallahu Allahu Akbar, Allahu Akbar walillahilhamd...
            Takbir raya berkumandang di siaran televisyen. Cukup sayu kedengaran bagi mereka yang menghayatinya sepenuh hati. Takbir yang menandakan rasa syukur atas kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.
“Ayish nak salam atok.”
Anak kecil yang baru berusia tiga tahun setengah itu tersenyum ceria. Petah sungguh tutur bicaranya. Di dalam fikiran anak ini hanya tergambar keriangan suasana hari raya. Tiada langsung gambaran duka.
Lebih-lebih lagi apabila melihatkan segenap ruang di rumah kampung datuknya ini dipenuhi saudara-mara yang pulang beraya. Semakin sukalah dia dibuatnya.
Sung…

[CERPEN] Labiu, Mr. Taxi Driver Celupku~

“Zareen Imtiyaz Imani!!!”
            “Oiiii, mak nenek aku mau copot jantungku! Eiii aleyyy aleyyy, terperanjat eyyyy!!!”
            Novel di tanganku terlepas. Habis jatuh ke lantai novel yang baru kuhabis baca separuh itu. Sungguh!Aku terkejut sangat! Makhluk tuhan yang mana pulak jerit nama aku ni? Nak gugur jantung aku dengar jeritan bak halilintar membelah bumi ni.
“Astaghfirullahal ‘azim...” Mengucap panjang aku selepas ‘termelatah’ tadi. Aku menenangkan diri seketika. Kemudian dengan pantas aku menoleh ke belakang. Ingin melihat siapalah agaknya gerangan malaun yang buat aku hampir kena heart attack tadi ni.
Huh??? Huk aloh, minah ni yang bikin kecoh rupanya. Siot punya kawan. Aku pandang sekeliling pula. Segera aku tundukkan kepala bila tersedar akan sesuatu. Cover wehhh, cover kononnya ambil novel yang terjatuh kat bawah tadi. Hihihi. Mana tak malu woooo bila tengok beberapa orang kat meja sebelah dah tersengih macam kerang busuk tengok aku melatah macam mak nenek t…

[Cerpen Seram] Teman...

TEMAN... “Awak ambil barang saya, jadi biar saya temankan awak...”
MALAM itu bulan mengambang penuh. Almaklumlah, malam pertengahan bulan Islam. Tia tersenyum sendiri tatkala matanya menjamah panorama yang mengasyikkan itu. Dari celahan batu angin di tangga asrama itu, jelas di mata Tia menangkap cahaya bulan yang begitu indah. Subhaanallah! Maha Suci Allah yang indah dan sukakan keindahan hingga terciptanya suasana yang juga indah ini. “Tia? Baru balik? Daripada Pahang ke ni?” bertalu-talu soalan menyapa gegendang telinga Tia. Dia mencari wajah pemilik suara yang menegurnya itu. Oh, Mila rupanya. Lalu Tia mengangguk dan menghadiahkan senyuman buat temannya itu. Mila, rakan sekuliah merangkap jiran bilik sebelahnya di asrama kolej matrikulasi itu. “Untunglah jadi ketua aras, boleh pergi sana sini. Best betul dapat jalan jauh-jauh ikut kem kepimpinan...” sambung Mila lagi. Kedengaran nada cemburu di situ. “Tak best la Mila. Penat giler kot aku kena ragging tiga hari ni. Nasib baik Jumaat eso…