Skip to main content

Disclaimer


Disclaimer / Penafian

Segala yang ditulis di blog ini adalah di bawah hakcipta terpelihara Ct Roxalynna NH / Ct Roxalynna / Cik Ct, selain dinyatakan sebaliknya.

Jadi anda DILARANG sama sekali untuk copy paste baik dari segi screenshot segala isi kandungan di blog ini tanpa keizinan daripada Cik Ct.

Terutama sekali pada bahagian karya-karya penulisan novel dan cerpen yang telah Ct kongsikan di blog ini. CETAK ROMPAK karya adalah DILARANG sama sekali. Jika anda tertangkap, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap anda.

Jika mahu berkongsi artikel post / entri ke laman sosial anda, adalah dibenarkan tetapi haruslah kredit kepada saya kembali.

Berhubung dengan post2 selain KARYA (novel/cerpen) saya, anda diberi kebenaran untuk kongsi ianya tanpa perlukan keizinan saya.^^

Sekian, itu sahaja...

Salam ukhwah... Ingat, takmau la jadi lanun yang merompak tanpa izin yea~^^

Peace. no war~

Assalamualaikum~

Salam ikhlas,

Ct Roxalynna NH.

Comments

Popular posts from this blog

[CERPEN : Special Hari Raya] Di Hujung Harapan Aidilfitri

P/S : masih terdapat kesalahan ejaan / perkataan yg masih belum sempat diedit. Harap maaf.
Selamat Membaca.
Kupinta mohon dan maaf atas segala kesilapan dan kekurangan cerpen ini.


DI HUJUNG HARAPAN AIDILFITRI
PAGI 1 Syawal. Setelah orang ramai pulang dari solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Laa ilaaha illallahu Allahu Akbar, Allahu Akbar walillahilhamd...
            Takbir raya berkumandang di siaran televisyen. Cukup sayu kedengaran bagi mereka yang menghayatinya sepenuh hati. Takbir yang menandakan rasa syukur atas kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.
“Ayish nak salam atok.”
Anak kecil yang baru berusia tiga tahun setengah itu tersenyum ceria. Petah sungguh tutur bicaranya. Di dalam fikiran anak ini hanya tergambar keriangan suasana hari raya. Tiada langsung gambaran duka.
Lebih-lebih lagi apabila melihatkan segenap ruang di rumah kampung datuknya ini dipenuhi saudara-mara yang pulang beraya. Semakin sukalah dia dibuatnya.
Sung…

[CERPEN] Labiu, Mr. Taxi Driver Celupku~

“Zareen Imtiyaz Imani!!!”
            “Oiiii, mak nenek aku mau copot jantungku! Eiii aleyyy aleyyy, terperanjat eyyyy!!!”
            Novel di tanganku terlepas. Habis jatuh ke lantai novel yang baru kuhabis baca separuh itu. Sungguh!Aku terkejut sangat! Makhluk tuhan yang mana pulak jerit nama aku ni? Nak gugur jantung aku dengar jeritan bak halilintar membelah bumi ni.
“Astaghfirullahal ‘azim...” Mengucap panjang aku selepas ‘termelatah’ tadi. Aku menenangkan diri seketika. Kemudian dengan pantas aku menoleh ke belakang. Ingin melihat siapalah agaknya gerangan malaun yang buat aku hampir kena heart attack tadi ni.
Huh??? Huk aloh, minah ni yang bikin kecoh rupanya. Siot punya kawan. Aku pandang sekeliling pula. Segera aku tundukkan kepala bila tersedar akan sesuatu. Cover wehhh, cover kononnya ambil novel yang terjatuh kat bawah tadi. Hihihi. Mana tak malu woooo bila tengok beberapa orang kat meja sebelah dah tersengih macam kerang busuk tengok aku melatah macam mak nenek t…

[Cerpen Seram] Teman...

TEMAN... “Awak ambil barang saya, jadi biar saya temankan awak...”
MALAM itu bulan mengambang penuh. Almaklumlah, malam pertengahan bulan Islam. Tia tersenyum sendiri tatkala matanya menjamah panorama yang mengasyikkan itu. Dari celahan batu angin di tangga asrama itu, jelas di mata Tia menangkap cahaya bulan yang begitu indah. Subhaanallah! Maha Suci Allah yang indah dan sukakan keindahan hingga terciptanya suasana yang juga indah ini. “Tia? Baru balik? Daripada Pahang ke ni?” bertalu-talu soalan menyapa gegendang telinga Tia. Dia mencari wajah pemilik suara yang menegurnya itu. Oh, Mila rupanya. Lalu Tia mengangguk dan menghadiahkan senyuman buat temannya itu. Mila, rakan sekuliah merangkap jiran bilik sebelahnya di asrama kolej matrikulasi itu. “Untunglah jadi ketua aras, boleh pergi sana sini. Best betul dapat jalan jauh-jauh ikut kem kepimpinan...” sambung Mila lagi. Kedengaran nada cemburu di situ. “Tak best la Mila. Penat giler kot aku kena ragging tiga hari ni. Nasib baik Jumaat eso…