Friday, December 8, 2017

GIVEAWAY YES 2017 BY ROXALYNNE

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka




GIVEAWAY YES 2017 BY ROXALYNNE | Assalamualaikum dan Annyeong ! Hehe ni Ct excited nak share tentang GA ni.. Kenapa? Korang kenal tak Roxalynne tu? Siapa yang dah lama follow Ct sejak zaman acah-acah Ct aktif share cerpen Ct tulis kat portal p2u dulu sure tau..

Okaylah, Roxalynne tu awalnya nama pena Ct. Dan sekarang Ct try nak komersialkan nama tu selain daripada jadi nama pena Ct dalam bidang penulisan kreatif ni, Ct juga nak cuba ketengahkan nama Roxalynne tu dalam dunia blogging dan online business yang Ct jalankan...

Oleh itu, Ct tampilkan GA ini dan kongsikan ianya di blog ini juga untuk meraikan dan mengajak rakan-rakan dari blog ini turut serta meramaikan lagi penyertaan dalam GiveAway ini sebagai tanda sokongan... --- dan juga merebut peluang mendapatkan hadiah² yang lumayan. Hehehe. 😬

Hadiahnya?

Alhamdulillah Ct dapat sponsorship daripada beberapa pihak yang cool sooo ada lah hadiah² menarik daripada pelbagai pihak sponsorship ^^

Hadiah apa yang ditawarkan dan bagaimana cara nak join? Korang bolehlah check kat blog personal Ct. Which, ada satu hadiah misteri tu berkait rapat dengan BUKU yang terdapat nama Ct di dalamnya sebagai penulis... Jeng jeng jeng~~~

Kat blog sebelah situ peraturan (SYARAT PENYERTAAN sebenarnya 😅) dan gambar² hadiah semua Ct dah kongsi cun punya. Tinggal follow je rulesnya.

Tempoh GiveAway dijalankan pula adalah daripada : 30 November - 30 Disember 2017

Kalau nak join, bolehlah klik banner (gambar) di atas ataupun klik aje SINI :)

OK, sekian itu sahaja ^^


*********************************************************************

P/S : Di kesempatan ini, Ct ingin meminta jasa baik rakan-rakan yg membaca post ini untuk sedekahkan Al-Fatihah buat abah Ct, Hamzah @ Ismail bin Kamis yang telah dijemput Ilahi pada 1 Disember 2017 (sehari --- tepatnya beberapa jam selepas GA ini berlangsung)...

Sekian itu sahaja. Terima kasih. Ma'assalamah wa ilal liqo'

1 comment:

  1. Salam singgah dan follow :)

    http://www.akuseorangtraveler.com/

    ReplyDelete

Dah baca post entry ni? Ace komen sikit.. ^^