SweetMuslimah.com







Tuesday, September 27, 2016

#EverySingleThing | Novelet RM10 Karya Fathi Fatim (Adra Adlina) Buat Sumbangan Amal kepada MAKNA

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka

Assalamualaikum, 
Greeting and annyeong ! ^^

Okay, bismillahirrahmaanirrahim... 
Entri ini adalah re-post entri daripada blog personal Ct ^_^

Harap y'allz sudi baca kalau korang nak info utk novelet & novel² best hasil penulisan novelis yg juga superb ! ;)

Ada tak yang kat sini...

Minat membaca karya penulisan kreatif? Pada masa yang sama korang suka terlibat dengan program bacaan yang membolehkan korang buat sumbangan amal?

Kalau ya, post ni memang untuk korang... Woahhh, kenapa pulak ni kan? Macam ni...

Tujuan Ct menulis entri ni adalah untuk mengetengahkan satu projek amal  yang ditulis dan dikendalikan oleh seorang penulis novel yang kini ingin dikenali sebagai Fathi Fatim. 

Projek amal yang Ct maksudkan pula adalah seperti berikut :-
(ni kes copy paste sahaja drpd malumat yg Kak Fathi bagi.. hehehe)



NAMA PROJEK : Every RM10
FORMAT : E-Book (Novelet)
JUDUL E-BOOK : Every Single Thing
HARGA : RM10 senaskhah
BIL. M/S : 136 mukasurat
TEMPOH PROJEK : 3 Oktober 2016 - 3 November 2016.

*Hasil jualan akan disalurkan sepenuhnya kepada Majlis Kanser Nasional(MAKNA).

Alright, yg di atas tu adalah serba sedikit maklumat tentang Projek Amal #EverySingleThing yang dikendalikan oleh cik novelis kita, Kak Fathi Fatim ini.

Novelet bernilai RM10 ini bakal dibuka untuk tempahan / penyerahan e-book, dijalankan selama sebulan. Ada 136 mukasurat. Novelet sebanyak tidak mukasuratnya ni cuma RM10???

And yupp, dana yang terkumpul daripada penjualan e-book novelet ini bakal sepenuhnya diserahkan kepada MAKNA, sebagaimana yang disebut di atas. 
-means that projek ini also berMAKNA for both of the writer and readers ^^-

Penulis a.k.a pengendali projek ini tidak akan mengambil keuntungan dari segi kewangan walau sesen pun, bersesuaian dengan objektif beliau mengadakan program ni..., Memberi kepuasaan membaca kepada readers beliau sambil beramal... 
*Objektif yang amat Ct salute! He he*

Okay, sebelum korang nak proceed membeli sesuatu hasil karya seseorang tu, mestilah korang nak tau dulu kan siapa pengkarya / tukang bikin di sebalik tabir karya tu...

Baiklah, jom kita kenal serba sedikit siapakah cik novelis di sebalik nama pena Fathi Fatim niii~



Serba sedikit mengenai novelis Fathi Fatim & hasil penulisan beliau 


- Mula dikenali sekitar 2009, ketika itu beliau adalah penulis di bawah rumah penerbitan Buku Prima. 
(kalau tak silap saya. Jika tersilap, maafkan saya ya Kak Fathi T_T)

- Semasa di bawah Buku Prima, beliau menggunakan nama pena Adra Adlina 

*antaranya itulah nama pena beliau yang paling diingati oleh peminat tegar novel waktu itu(mungkin juga hingga kini)... ada juga yang lain tapi saya tak pasti.. hehe


Image result for novel adra adlina

Image result for novel adra adlina

 Image result for novel adra adlina

Antara novel-novel beliau bersama Buku Prima S/B

- Selepas bersama Buku Prima, kini beliau adalah novelis bebas dan sudah beberapa kali menghasilkan novel bersama rumah penerbitan yang lain.


Judul Novel :
Kerna Engkau Nyawaku (KEN)
Salah satu novel hasil karya Fathi Fatim
-di bawah rumah penerbitan October S/B-

Novel paling latest Kak Fathi pulaaa....



- Novel terbaru beliau berjudul Sufi Indera baru diterbitkan sekitar tahun lalu, bertemakan thriller+psikik, kisah seorang barista yang  ada kuasa psikik, boleh mengimbau masa lampau seseorang / sesuatu dengan hanya menyentuh / berbalas pandangan ataupun hanya dengan memerlukan Sufi berada di tempat itu.
(Novel ini menarik habis!)






***

Okeylah, dah jauh Ct menyelekoh ni nampaknya. Hehehe, just teruja berkongsi beberapa novel hebat daripada penulis yang juga hebat ni... Ct ada follow group penulisan FB beliau, memang fiuuu superb, suka gaya penceritaan beliau yang santai tapi penggunaan perkataan yang power~ 

Ok, buat u'olls yang nak try dapatkan e-book novelet ni, bolehlah hubungi sendiri Kak Fathi di Facebook beliau.

Kut nak tanya dulu, bolehlah bertanya-tanya dulu macam mana cara yang tepat nak dapatkan novelet #EverySingleThing ni ataupun novel2 beliau yang lain^^

Hubungi Kak Fathi melalui.......


Facebook : Fathi Fatim

Sekian, itu sahaja... Sampai berjumpa lagi~

Jangan lupa borong e-book novelet ni ya~^^