Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Teaser Baru | Karya Baru Yang Bakal Menyusul...

.:Random Teaser:.
"Kita kahwin?" soal si jejaka sambil dijongketkan sebelah keningnya. Hana terkesima. Gilalah! "Saya ni masih seorang pelajar. Pelajar di kolej matrikulasi pula tu. Undang-undang matrik, student mana boleh kahwin selagi bergelar pelajar sini," ujar Hana, bersungguh-sungguh. Hingga berkerut dahinya cuba menerangkan situasi sebenar. Si jejaka di sebelah hanya mampu memuncungkan bibir. Terkulat-kulat dia membuang pandang ke arah wajah Hana. Sebenarnya dia kaget melihatkan Hana bertegas begini. Nampak beria-ia sungguh gadis yang sudah mencuri hatinya ini memberikan penjelasan. Dah macam peguambela melontarkan hujah belaan. Serius habis! Melihatkan Farizzul Aniq terkedu, Hana sedar, jejaka itu terkejut dengan cara penegasannya. Satu sisi yang jarang ditunjukkan kepada lelaki kacukan Melayu-Korea-Amerika ini. Dia tak sengaja, membalas dalam nada seakan merungut tadi. Hana hela nafas sedalam yang boleh sebelum nafas dihembus, juga agak kasar. Situasi jadi…