SweetMuslimah.com







Wednesday, November 25, 2015

[NOVEL] Oh My Candy Crush... Next Door? (Bab 2)

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka



Bab 2
            “Nayla...”
Langkah Nayla terhenti. Agak terkejut dengan sapaan yang tiba-tiba kedengaran dari arah belakangnya itu. Suara macam kenal je. Suara lelaki.
Lelaki? Takkanlah? Takkan dia?
Perlahan-lahan Nayla cuba menoleh. Perlahan-lahan... sedikit demi sedikit. Nampak getaran maha hebat pada dirinya. Gugup!
Usai memusingkan badannya... Terbeliak kejap mata Nayla. Terkujat bak hang!
Aiseyyy! Dia lah! Betullah tu dia... Ohmaiya... Tidak!!! Nayla sudah menjerit lagi meraung di dalam hati. Sudahlah dia mengelamun sambil berjalan ni pun sebab memikirkan apa yang dia dan Anna telah bincangkan malam tadi. Pasal lelaki ni jugak...
Kenapa lah dia ni muncul pulak tiba-tiba ni dah tu panggil nama aku? Bikin aku tambah kalut je lah.
“Hareez...” sapa Nayla. Sengihan cuba dipamerkan. Mencuba sedaya-upaya mengawal riak wajahnya. Agar tak nampak terlalu gelabah.
Si mamat macho berkaca mata itu tersenyum apabila wajah Nayla menjamah pandangan matanya.
Nayla terpana.

“Ada apa ya?” tanya Nayla lagi.
Masih cuba berlagak tenang. Dalam hati, rasa nak meletup! Bergolek-golek hatinya ni.
Tiba-tiba rasa lemah-longlai segala urat lututnya. Longgar gitu. Cair dengan senyuman Hareez.
“Tak ada apa. Saja tegur Nayla. Tengok Nayla menonong aje tadi. Hampir-hampir nak terlanggar saya tapi nasib baik saya sempat elak. Tak perasan eh dah berapa kali Hareez panggil?” jelas si pemilik nama Hareez Rayzal itu panjang lebar.
“Errr... Arrr.. Huhuhu, sorry tak sengaja... Tak dengar kut,” jawab Nayla acuh tak acuh.
Kalut semakin menguasai dirinya. Habis tergagap-gagap dia sudahnya. Hatinya bergetar hebat! Serba tak kena dia dibuatnya...
“Banyak fikir ya Nayla?” Hareez melebarkan lagi senyumannya. Nampak manis!
Oh my crush! Nerd macho ni kan... Kenapa? Tidak! Nayla sudah mengguman macam-macam di dalam hati.
Serta-merta semakin berdegup kencang jantungnya. Beralun nada yang makin tak menentu.
Dup dap dup dap...
Rasa begitu laju jantungnya mengepam darah ke seluruh badan.
Ahhhh, Hareez janganlah senyum lebih-lebih tunjuk gigi hang tu. Aku boleh melting kot! Nayla menggerutu di dalam hati.
Semakin tidak keruan melihatkan senyuman Hareez yang tampak begitu manis dan mencairkan lagi sekeping hati miliknya itu. Terpana dengan senyuman menawan itu.
Terasa bagai di awang-awangan... Bagai mereka berdua sahaja di situ. Terus Nayla terbayang, mereka berada di taman yang menghijau, dikelilingi kelopak bunga yang jatuh gugur dari pepohon Sakura yang rendang lagi lebat menghujani mereka berdua. Terasa bagai kunun-kunun berada di musim luruh di Osaka gitu.
Hareez pula masih mempamerkan senyumannya. Dia sekadar ingin menyapa dan mengucapkan hai pada Nayla tatkala mereka bertembung tadi.
Dia lihat Nayla menonong sahaja melintasinya. Seakan tidak menyedari mereka begitu hampir dan berselisih. Itu yang dia putuskan untuk menyapa terlebih dahulu. Terlalu banyak berfikir agaknya si Nayla ini, agak Hareez. Hingga tidak perasan dia lalu berdekatannya.
Selaku kenalan sebaya tetapi memegang title senior kepada Nayla, padanya tidak salah dia menegur Nayla terlebih dahulu. Sekadar beramah mesra dengan teman-teman seuniversiti, apa salahnya kan.
Tapi... tergamam pula Hareez bila si Nayla ini dah macam patung memandangnya. Tiba-tiba senyap. Tegak aje berdiri. Mata pula seakan tak berkedip. Terpegun memandangnya. Bertanya pun tergagap-gagap pula tu jawabnya tadi.
Dah kenapa Nayla ni? Terperanjat sangat ke? Hareez Rayzal garu kepalanya yang tak gatal. Janggal pula dia dengan respons Nayla yang dah berdiri kaku, tak berkedip macam patung itu.
“Nayla...”
Hareez menggawangkan tangannya di hadapan wajah Nayla. Pelik benar dia. Apa yang tak kena dengan si Nayla ni?
Agak lama Nayla terpaku, diam tanpa reaksi. Kemudian Hareez si nerd macho berkaca mata ini memetik pula jarinya. Barulah Nayla tersedar dari lamunan.
Memerah mukanya. Darah panas semakin laju serbu naik ke muka.
Ahhh, maluuuuu! Mintak-mintaklah Hareez tak perasan, gerutu Nayla di dalam hati!
“Ehhh, sorry Hareez, Nayla ada kerja nak buat. Blah dulu yup. Assalamualaikum...” tanpa menunggu jawapan salam dari Hareez, segera Nayla pamit.
Cepat-cepat dia melajukan ayunan langkah kakinya ke arah bertentangan dengan Hareez. Jauh meninggalkan Hareez. Memang sengaja dia menjauh cepat-cepat. Tidak selesa dengan situasi yang menjanggalkannya ini. Awkward meyh!
Dia dah mula janggal, bila berbual berdua sahaja dengan Hareez. Tak selesa begini!
“Wa’alaikumussalam...” Hareez hanya mampu menjawab sepatah. Terpinga-pinga melihatkan Nayla sudah berlalu pergi.
Nayla... nampak pelik sangat hari ni, desisnya. Dijongket keningnya. Mata Hareez terus tertancap pada susuk tubuh Nayla yang mulai menjauh darinya.
Nayla, Nayla...
Kalau orang tak kenal, mahu kena cop sombong si Nayla ni. Tapi Nayla ni nampak gelabah sangat nak blah. Takpelah, sangka baik. Mungkin memang betul Nayla tengah ada urgent matter nak kena selesaikan sekarang ni, getus Hareez.
Entah tengah kejar kelas agaknya. Tak pun ada nak jumpa member ke. Hareez cuba menyedapkan hati sendiri.
Maybe jugak dia tak sihat kut, duga Hareez lagi. Kalau tak, takkan dia tutup-tutup pipi dia yang merah tu, agak si mamat skema itu lagi.
Hai la... Hareez, Hareez. Naifnya... Bukan sebab tu lah Nayla macam tu...
**********

            Nayla terus melangkah laju meninggalkan Hareez. Sudah agak jauh si skema tu.  Dia berterusan berjala laju sambil menutup kedua belah pipinya yang sudah merah padam! Aggghhh, malunya!
Hareez, crushnya yang di belakang itu cuba tidak dihiraukannya. Cubaan yang jelas-jelas gagal. Kepalanya masih tetap juga nak derhaka, menoleh kejap-kejap, mencari susuk badan  Hareez yang agak tegap dan timbul urat tangannya itu. Sehingga samar-samar hilang dari pandangan.
Kut-kut lah kalau Hareez tengok dia lagi kan. Malu beb! Blushing depan crush!
Memang Hareez masih memandangnya dengan muka pelik. Berkerut dahinya.
Tapi apabila Nayla sudah agak jauh, kabur dari pandangannya, Hareez mula bergerak untuk beredar ke arah bertentangan dari yang diambil Nayla tadi.  Maklumlah, dia kan rabun. Walaupun dah pakai cermin mata pun, bila dah jauh sangat, cepat aje ianya ‘hilang’ dari pandangan.
Mata Nayla masih tertancap ke arah belakang, memerhatikan Hareez juga beransur pergi. Tidak fokus dengan jalan di depan.
Dengan kepala yang masih terteleng ke arah belakangnya, memantau pergerakan Hareez, kaki Nayla terus melangkah. Hinggalah dia membelok ke persimpangan bangunan perpustakaan, Hareez pun hilang dari pandangan.
Belum sempat kepala ditoleh ke depan kembali...
Pappp! Nayla terlanggar seseorang di depannya.
“Nayla!” sergah satu suara. Memanggilnya dengan nada sedikit menjerit. Laungan itu.
“Ugh, terkejut atuk nenek aku...” habis melatah dia kerana terlalu terkejut.
Tak habis lagi terkejut dirinya disergah, Nayla bertambah terkejut apabila dirasakan dia dah terlanggar sesuatu sebelum sempat dia menoleh habis ke depan.
“Anna!”
Giliran Nayla pula hampir berteriak memanggil nama sahabatnya itu usai ditelek gerangan yang baru dilanggarnya itu.
Tergamam Anna tatkala Nayla cemas menarik tangannya pula. Terdorong tubuh Anna, ditarik pantas oleh Nayla ke tempat duduk yang disediakan di kafe bersebelahan dengan foyer perpustakaan itu.
Terus Anna dan Nayla melabuhkan duduk di situ.
“Kenapa ni weyh?” soal Anna. Berkerut sejuta dahinya. Pelik melihatkan Nayla yang kalut dan cemas semacam ni. Gusar pun ya.
Ada apa-apa yang tak kena ke? Duganya sendiri.
Nayla pula tercungap-cungap menghela nafas. Itulah cemas sangat kan. Suka duk kalut sendiri. Bertembung dengan si dia yang secara rasmi dah jadi crush, mana tak rasa nak putus nafas oh!
Anna membiarkan Nayla bertenang lebih dahulu. Menghela nafas dalam-dalam. Dah macam nak putus nyawa Anna tengokkan Nayla mengah semacam ni.
“Aku... aku...” bicara Nayla teputus-putus. Masih ada sisa mengahnya. Dahlah hidung masih sakit, kesan terlanggar bahu Anna tadi, sekarang semput pulak nak habiskan cakap.
Hai, minah mengah betul bila dah kalut tak semena ni.
Anna dah tak sabar menunggu Nayla habis cakap. Sedikit geram melihatkan Nayla tergagap-gagap. Bila dia nak habis cakap ni? Aku dah lah tengah penat jugak ni, rungut si Anna di dalam hati. Bahunya juga terasa sengal, kesan dilanggar kuat oleh Nayla sebentar tadi. Ni yang rasa macam agak emosi je ni.
“Kau kenapa?” pantas Anna memotong. Ditepuk meja pada set kerusi-meja makan yang sedang diduduki mereka sekarang.
“Aku nampak Hareez!” terus Nayla berbicara dalam keadaan duduknya yang tegak. Setelah dibentak Anna. Nak kena gertak, barulah automatik dapat jawab dengan lancar. Bagai nak gugur jantungnya mendengarkan bunyi kuat dari meja yang ditepuk Anna tadi.
Ishhh, luruh jantung satgi! Suka terperanjatkan dia macam tu lah si Anna ni!
Nayla mengurut perlahan dadanya. Kus semangat. Anna ni pun.
Anna yang baru mencerna apa yang dibicarakan Nayla tadi, melopong.
“Kau nampak Hareez. So? Apa cer?” Anna jongket kening. Curious... Nak tahu cerita penuh si Nayla ni.
“So, takkan kau tak boleh agak apa respons aku bila bertembung dengan my candy crush tu...”
Nayla dah tarik muka hampa. Dimuncungkan bibirnya. Mukanya yang memerah, blushing habis menambahkan lagi kerutan di wajah Anna.
Tersenyum senget si sahabat. Dapat menduga kegelisahan di hati Nayla. Yalah, orang tak pernah jatuh cinta, tiba-tiba terjebak dalam ‘penyakit’ Oh My Candy Crush ni kan... Lain macam caranya.
Malunya Nayla bila memikirkan dia punya tergagap-gagap depan Hareez tadi!
Nayla menongkat wajah dengan tangan diletakkan di atas meja. Tenggelam dalam mindanya yang kusut lagi serabut habis.
Mindanya menerawang. Entah apalah yang Hareez fikirkan tentang dia tadi agaknya. Mintak-mintaklah Hareez tak anggap dia sebagai perempuan sewel ke atau apa-apa yang berkaitan dengannya.
Bingung! Malu! Berdebar-debar. Hati berdetak kencang.
Argghhhh, perasaannya bercampur-baur kut. Betapa dia berharap Hareez tidak dapat membaca lenggok bahasa badan dan wajahnya yang tiba-tiba menjanggalkan suasana antara mereka itu tadi.
“Apa nak jadi dengan aku ni. Malu lah, tadi dia yang tegur aku dulu. Menonong je jalan. Hampir-hampir aku nak terlanggar dia tadi, tau tak?” luah Nayla.
“Nayla... Sabar ehh,” bisik Anna, dekat di telinga Nayla.
Ditepuk perlahan-lahan bahu si Nayla. Cuba menenangkan sekeping hati yang resah dan dihimpit berjuta tan perasaan malu dan segan. Kasihan juga melihatkan Nayla yang pastinya sedang menahan malu sendiri itu.
“Apa aku nak buat lepas ni tiapkali aku terserempak atau bertembung dengan dia? Aku buntu lah, Anna. Bila aku dah tau aku suka dia, tiap kali ternampak dia je, aku jadi frozen. Beku.”
Nayla meluahkan lagi apa yang terbuku di hatinya.
Anna yang setia mendengar, mengukir senyum.
“Kalau macam tu, aku ada cadangan untuk kau. Bagi hilangkan resah kau ni. Nak dengar?”
“Apa dia?” cepat-cepat Nayla bangun, mendekatkan wajahnya dengan Anna. Teruja!
“Apa kata kalau...”
“Kalau...”
Anna gigit bibir. Serba-salah pula dia. Nak bagi tau tak ek? Dia takut jugak kalau Nayla marah dengan cadangan yang bakal diusulkannya ini.
Kalau Nayla tak setuju, dia okey lagi. Tapi kalau Nayla tak setuju, dah tu pasang dia punya tabiat mengomel kuasa kuda tu, tak sanggup pulak Anna nak tadah telinga.
“Kalau apa?” Nayla pula yang stress bila Anna bikin saspens macam ni. Ish, beritahu aje lah! Nak main kalau-kalau pulak. Dia pun dah lah tengah penat ni.
 “Kalau kau confess aje kat Hareez yang kau suka dia? Habis cerita kan?”
Anna buat muka comel usai menghabiskan bicaranya. Dah terlambat nak menyesal kalau Nayla marah pun lepas ni. Cadangan dah diberi.
Itu aje yang terlintas di fikirannya sekarang ini. So, redah aje lah.
Nayla pula... tercengang!
Terduduk kembali dia di kerusi yang didudukinya tadi. Mencerna sehabis mungkin cadangan Anna itu.
Confess?
“Kau gila ke?!” jerkah Nayla.
Anna angkat bahu. Tak terkejut. Dah diduga ini respons Nayla.
Sungguh Nayla terpempan. Ini namanya bukan beri dia ketenangan, menambahkan lagi kebuntuan.
Jatuhlah standard kalau dia... sebagai perempuan pergi confess dulu kat lelaki.
Arggghhhh, kusutnya! Mama, tolong Nayla, ma....
Nayla terus meraung, memanggil mamanya di dalam hati.
Sakitnya tuh penyakit Oh My Candy Crush ni. Terasa pahit, belum ditemukan kemanisan ‘candy’ itu lagi... Hurmmm... Yang rasa cuma kelat-kelat masam lagi pahit sekarang ni. Macam makan gula-gula HACKS. Huhu, gula-gula Hacks yang untuk ubat sakit tu eh. Bukan Hanya Aku Cinta Kau Seorang...
Nayla kembali termenung, dengan riak wajahnya yang cemberut habis itu. Anna pula hanya mampu memerhatikan.
Ma, I’m in dilemma... Nayla terus merintih di dalam hati. Seolah-olah mamanya ada di situ, mendengar rintihannya. Jika ada masalah begini, memang selalu dia mengadu dengan mamanya.
Tapi bila bab cintan-cintun ini, dia berat untuk bercerita dengan mamanya mahupun ahli keluarga yang lain. Mampus kena gelakkan nanti. Yalah, sebelum ni pun sekerasnya dia takkan mudah benarkan dirinya jatuh hati dengan sesiapa selagi dia tidak menamatkan pengajiannya di sini.
Hurmmm, silap sendiri. Hati dan perasaan bukan sesuatu yang boleh dikawal begitu aje.
Patutkah dia mengakui rasa cinta yang mulai hadir di dalam hati dengan memberitahu kepada gerangan yang telah berjaya mencuri hatinya itu? Malu kot! Malu sejuta ribu kali!

Malunya mengapa begini jadinya
Terkedu memandang wajahnya
Oh Ohhh
Malunya mengapa begini jadinya
Aduh mama tolong anakanda

2 comments:

Dah baca post entry ni? Ace komen sikit.. ^^