SweetMuslimah.com







Wednesday, November 25, 2015

[NOVEL] Oh My Candy Crush... Next Door? (Bab 2)

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka



Bab 2
            “Nayla...”
Langkah Nayla terhenti. Agak terkejut dengan sapaan yang tiba-tiba kedengaran dari arah belakangnya itu. Suara macam kenal je. Suara lelaki.
Lelaki? Takkanlah? Takkan dia?
Perlahan-lahan Nayla cuba menoleh. Perlahan-lahan... sedikit demi sedikit. Nampak getaran maha hebat pada dirinya. Gugup!
Usai memusingkan badannya... Terbeliak kejap mata Nayla. Terkujat bak hang!
Aiseyyy! Dia lah! Betullah tu dia... Ohmaiya... Tidak!!! Nayla sudah menjerit lagi meraung di dalam hati. Sudahlah dia mengelamun sambil berjalan ni pun sebab memikirkan apa yang dia dan Anna telah bincangkan malam tadi. Pasal lelaki ni jugak...
Kenapa lah dia ni muncul pulak tiba-tiba ni dah tu panggil nama aku? Bikin aku tambah kalut je lah.
“Hareez...” sapa Nayla. Sengihan cuba dipamerkan. Mencuba sedaya-upaya mengawal riak wajahnya. Agar tak nampak terlalu gelabah.
Si mamat macho berkaca mata itu tersenyum apabila wajah Nayla menjamah pandangan matanya.
Nayla terpana.

Tuesday, November 24, 2015

[NOVEL] Oh My Candy Crush... Next Door? (Bab 1)

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka



 Oh My Candy Crush... Next Door?

Bab 1

Babe, kau suka dia! Kau sukakan dia kan?”
Mata Anna membulat seiring dia menutup mulut. Buat wajah seakan tidak percaya selepas diajukan soalan itu kepada sahabatnya. Hampir dia menjerit tadi!
Excited oh! Tak percaya Nayla boleh jatuh hati, gerutunya.
Nayla Nazreena hanya memberi respons, muka longo dia tu. Melopong. Blur dia mai lagi lah tu. Soalan Anna tak dijawab. Digaru kepala yang tak gatal. Dia bangun membalas tenungan mata bulat Anna itu.