Sunday, September 27, 2015

Petrosains Illusion - Nothing As It Seems

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka

| Review |

Illusion

Assalamualaikum n hai~^^

Post kali ni Ct nak cerita tentang Petrosains Illusion pulak. Apa benda Illusion tu?
Haaa, meh Ct habaq maiii naaa~


Korang minat Sains? Minat teroka benda baru ? Sukakan ilusi ala2 magik tu takkk? Hehehe.. Takpe, takyah jawab, sambung jawab...

Haha. Ct nak syorkan sesiapa yang minat sains dan terokai benda baru tu untuk datang ke Petrosains di Suria KLCC n join venture dalam pameran Illusions ni yang berlangsung sekarang hingga 4 Januari 2016 nanti....

Jeng jeng jeng... *bunyi ala2 muzik latar Phantom of Opera sikit*

Okay ini dia...


Okay tu detail yang aku ambil dari website Petrosains - Illusion...

Tak berapa faham kan...

So better kita baca yang versi BM pulak... kikiki~




Pintu masuk ke pameran Illusion





Laluan masuk yang jugak dah nampak ilusinya~^^


3 Perkara Yang Mesti Dicuba di  Pameran ILLUSION
  1. Virtual Barbershop

    Kat 'kedai gunting rambut' ni, korang akan rasakan macam rambut korang sedang digunting... Padahal korang just duduk dan dengar audio je dari fon kepala tu ... Hehehe, macam mana boleh jadi macam tu? Itulah salah satu trik ilusi di sini... Dari bunyi yg terhasil dari fon yang ditekap kat telinga tu, kita rasa seolah-olah rambut kita sedang digunting..


    Smaller 3
    Duta Irish di Malaysia, Eamon Hickey & Juliana Evans sedang 'diguntng rambutnya' secara ilusi


  2. Delicate Boundaries

    Alamak! ada nampak pepijat merayap kat tangan... Macam mana dia boleh keluar dari skrin dan berjalan kat tangan pulak ni?
    Sekumpulan pepijat sedang berkumpul dapat dilihat di dalam skrin. Kemudian apabila skrin disentuh, pepijat ini bergerak ke arah titik sentuhan. Pepijat ini seolah-olah cuba keluar dari skrin dan meninggalkan alam mayanya dan membuatkan penonton terpegun.


  3. 'Columba'
    Anda pasti terpegun melihat rupa bentuk misteri yang terapung muncul dari himpunan bintang iaitu buruj Columba Noachi, atau Merpati Nabi Nuh dalam Bahasa Latin; iaitu satu simbol perkembangan kesedaran kerohanian. Ia memaparkan seorang budak perempuan yang duduk dalam limpahan bintang kristal kuarza yang bergemerlapan. Columba pada asalnya dihasilkan secara digital dalam bentuk pemetaan tiga dimensi, kemudian diukir dengan tangan menjadi ribuan titik bercahaya pada ratusan gentian optik.



Jangan ketinggalan! Datanglah dan alami banyak lagi perkara menakjubkan dalam ILLUSION!
WAKTU OPERASI


HARGA TIKET






Kunjungi pameran Illusion: Nothing Is As It Seems dan Lihat Dunia Berubah Di Depan Mata Anda di Petrosains, KLCC dari 4 September 2015 - 10 Januari 2016!
Maklumat lanjut boleh didapati di  


SUMBER
ARTIKEL DI ATAS


Petrosains


Sekian, itu sahaja review saya kali ni...
Terima kasih +NuffnangMY untuk CPUV kali ni... :)

Sampai kita berjumpa lagi.
Kbai.

4 comments:

  1. Petro sain itu apa ya..., apa semacam bahan bakar kendaraan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahan bakar itu Petronas.. Ini Petrosains, seakan muzium yang pamerkan bermacam pertunjukan dan pameran sains...

      Delete
  2. Nape ada pbezaan harga tket? Yg kombo n xkombo.. Apa beza 2tket tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang harga kombo tu untuk harga kemasukan ke Pameran Illusion + Petrosains (means that, boleh masuk pameran2/pertunjukan kat Petrosains yg lain - yang selain daripada pertunjukan Illusion ni)

      harga tak kombo pulak, terhad - boleh masuk kat pameran Illusion ni je, tapi tak boleh round tour kat pertunjukan/pameran lain yg ada kat Petrosains masa tu^^...

      okay, harap awak jelas dgn penjelasan saya. ^^ Harap maaf, lambat reply.

      Delete

Dah baca post entry ni? Ace komen sikit.. ^^