Skip to main content

[Movie] Hotel Transylvania 2


| Upcoming movie |

BVCT0364 HT2 Keyart-11

The Drac pack is back for an all-new monster comedy adventure in Sony Pictures Animation’s 
Apa yang korang akan lakukan jika korang adalah seorang vampire yang ada seorang cucu yang separuh vampire-separuh manusia?

Haha ace jawab...

Bagi korang yg follow Hotel Transylvania n minat kartun yang dibintangi oleh bintang2 Hollywood terkenal seperti Adam Sandlers dan Selena Gomez, bolehlah SEGERA dapatkan tiket movie ni pada/sebelum tarikh tayangan...!
Tayangan serentak pada 24 September 2015 ni!

( 2015 )

Director: Genndy Tartakovsky

Writers: Adam Sandler, Robert Smigel

Stars: Adam Sandler, Selena Gomez, Andy Samberg, Kevin James, Fran Drescher, Cee-Lo Green, David Spade


SINOPSIS :

Filem animasi Hollywood ini mengisahkan tentang Dracula (Adam Sandler) yang memandai-mandai langgar peraturan dgn buka hotel 'hanya untuk drakula/vampire' kepada manusia. Tapi keadaan itu aman.... Manusia dan vampire hidup aman-damai di hotel tu...

Yelah menantu Dracula tu sendiri manusia kan...

Dalam ketenangan dia berehat di sebalik keranda dia, Dracula ni sebenarnya risaukan cucu dia si kiut-miut, Dennis yang merupakan half-vampire half-human. Kenapa dia risau? Sebab Denis masih belum tunjukkan tanda untuk berubah menjadi vampire. Dennis ni cuma tunjukkan sifat seorang budak manusia yang sangaaatttt adorable and cute....

Jadi, sementara Mavis (mak Dennis, anak perempuan Dracula - lakonan Selena Gomez) melawat mertuanya yang manusia bersama Johnny - bapa Dennis, manusia... Dracula pun decide untuk trigger Dennis jadi seorang vampire,. Dracula pun latih cucu dia ni dalam sebuah kem latihan menjadi seorang 'monster'... Errr.


Tanpa diorang menyangka, sementara Marvis dan Johnny pergi melawat keluarga Johnny, mereka  pula yang akan menerima kunjungan seseorang! Siapa?

Jeng jeng jeng...

Papa kepada Dracula itulah, iaitu Vlad. Seorang dracula yang sangat sangat sangat OLD SCHOOL..so korang boleh imagine kan principles and rules yang dipegang oleh drakula/vampire tua ni tercabar apabila dapat tahu yang cicit dia bukan vampire tulen...huhhu~

HTR2_mkt009_Vlad-scene_lm_v18
Great-grandpa Vlad has come!

Belum cukup tu, keadaan jadi makin serabut dan kelam-kabut bila Vlad dapat tahu yang Hotel Transylvania dah dibuka untuk manusia! Huru-hara la kan...

Nak tahu apa jadi lepas tu? Macam mana mereka semua bereaksi?

Jangan lupa tonton Hotel Transylvania 2... 

Untuk trailer dan pelbagai update daripada Sony Pictures yg berkaitan dengan Hotel Transylvania 2, korang bolehlah klik SINI .

Sekian, terima kasih sudi baca dan singgah di post ni~^^


Sekali lagi... TQ~ Muuachh. Hahha~ Kbai.

Comments

  1. menarik. mmg plan nak tgk.. comel giler Dennis. huahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... tengok jangan tak tengok dia... melting habis dgn Dennis punya cuteness~^^

      Delete

Post a Comment

Dah baca post entry ni? Ace komen sikit.. ^^

Popular posts from this blog

[CERPEN : Special Hari Raya] Di Hujung Harapan Aidilfitri

P/S : masih terdapat kesalahan ejaan / perkataan yg masih belum sempat diedit. Harap maaf.
Selamat Membaca.
Kupinta mohon dan maaf atas segala kesilapan dan kekurangan cerpen ini.


DI HUJUNG HARAPAN AIDILFITRI
PAGI 1 Syawal. Setelah orang ramai pulang dari solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Laa ilaaha illallahu Allahu Akbar, Allahu Akbar walillahilhamd...
            Takbir raya berkumandang di siaran televisyen. Cukup sayu kedengaran bagi mereka yang menghayatinya sepenuh hati. Takbir yang menandakan rasa syukur atas kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.
“Ayish nak salam atok.”
Anak kecil yang baru berusia tiga tahun setengah itu tersenyum ceria. Petah sungguh tutur bicaranya. Di dalam fikiran anak ini hanya tergambar keriangan suasana hari raya. Tiada langsung gambaran duka.
Lebih-lebih lagi apabila melihatkan segenap ruang di rumah kampung datuknya ini dipenuhi saudara-mara yang pulang beraya. Semakin sukalah dia dibuatnya.
Sung…

[CERPEN] Labiu, Mr. Taxi Driver Celupku~

“Zareen Imtiyaz Imani!!!”
            “Oiiii, mak nenek aku mau copot jantungku! Eiii aleyyy aleyyy, terperanjat eyyyy!!!”
            Novel di tanganku terlepas. Habis jatuh ke lantai novel yang baru kuhabis baca separuh itu. Sungguh!Aku terkejut sangat! Makhluk tuhan yang mana pulak jerit nama aku ni? Nak gugur jantung aku dengar jeritan bak halilintar membelah bumi ni.
“Astaghfirullahal ‘azim...” Mengucap panjang aku selepas ‘termelatah’ tadi. Aku menenangkan diri seketika. Kemudian dengan pantas aku menoleh ke belakang. Ingin melihat siapalah agaknya gerangan malaun yang buat aku hampir kena heart attack tadi ni.
Huh??? Huk aloh, minah ni yang bikin kecoh rupanya. Siot punya kawan. Aku pandang sekeliling pula. Segera aku tundukkan kepala bila tersedar akan sesuatu. Cover wehhh, cover kononnya ambil novel yang terjatuh kat bawah tadi. Hihihi. Mana tak malu woooo bila tengok beberapa orang kat meja sebelah dah tersengih macam kerang busuk tengok aku melatah macam mak nenek t…

[Cerpen Seram] Teman...

TEMAN... “Awak ambil barang saya, jadi biar saya temankan awak...”
MALAM itu bulan mengambang penuh. Almaklumlah, malam pertengahan bulan Islam. Tia tersenyum sendiri tatkala matanya menjamah panorama yang mengasyikkan itu. Dari celahan batu angin di tangga asrama itu, jelas di mata Tia menangkap cahaya bulan yang begitu indah. Subhaanallah! Maha Suci Allah yang indah dan sukakan keindahan hingga terciptanya suasana yang juga indah ini. “Tia? Baru balik? Daripada Pahang ke ni?” bertalu-talu soalan menyapa gegendang telinga Tia. Dia mencari wajah pemilik suara yang menegurnya itu. Oh, Mila rupanya. Lalu Tia mengangguk dan menghadiahkan senyuman buat temannya itu. Mila, rakan sekuliah merangkap jiran bilik sebelahnya di asrama kolej matrikulasi itu. “Untunglah jadi ketua aras, boleh pergi sana sini. Best betul dapat jalan jauh-jauh ikut kem kepimpinan...” sambung Mila lagi. Kedengaran nada cemburu di situ. “Tak best la Mila. Penat giler kot aku kena ragging tiga hari ni. Nasib baik Jumaat eso…