SweetMuslimah.com







Friday, September 11, 2015

[INFO] HANTAR KARYA KEPADA KARYASENI @ PENULISAN2U

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka


Assalamualaikum n Hai~...

Post ni adalah berdasarkan apa yg Ct nampak di penulisan2u & Ct share balik di sini.

Ct tiada sebarang copyright kepada post yang ini~^^


Terbuka kepada individu (rakyat Malaysia) yang berminat dan yang ingin menghantarkan hasil karya mereka berbentuk novel kepada Karyaseni & Penulisan2u amatlah dialu-alukan.
Syarat-syarat penghantaran manuskrip penuh seperti berikut:
Adakah anda berbakat dalam bidang penulisan novel? Mempunyai manuskrip yang sudah siap? Anda tidak tahu hendak dihantar ke mana? kenapa tidak dibukukan sahaja karya anda untuk tatapan pembaca? Karyaseni sentiasa menunggu untuk penilaian penerbitan.

1. Penulis hendaklah menghantar ringkasan cerita dan Manuskrip penuh untuk penilaian pihak Karyaseni Enterprise. Emelkan kepada manuskrip@karyaseni.my

Berikut adalah format menghantar karya ke KARYASENI:
Smile Genre: Sebarang genre yang bersesuaian dengan konsep PENEBITAN KARYASENI
Smile Font: Times New Roman/ saiz 12
Smile Perenggan: 1.5 Spacing
Smile Bab: Perlu ditulis pada setiap permulaan Bab
Smile Panjang Manuskrip: 80,000 hingga 90,000 patah perkataan
2. Sertakan nama penuh, nama pena, email dan nombor telefon untuk memudahkan pihak kami menghubungi anda.
3. Manuskrip yang berunsur isu sensitif seperti seks, perkauman, politik dan mempersendakan agama akan ditolak serta merta.
4. Jalan cerita mestilah mantap, mempunyai nilai-nilai agama, bermesej, menarik dan bermoral.
5. Manuskrip hendaklah asli dan tidak diciplak atau diterjemahkan dari mana-mana novel lain.
6. Sekiranya manuskrip anda lulus penilaian pihak Karyaseni, pihak karyaseni akan menghubungi anda melalui telefon dan Emel untuk tindakan selanjutnya
7. Proses penilaian mengambil masa selama 3-4 bulan. Sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas selepas 4 bulan. Anda bolehlah terus menghubungi pihak Karyaseni melalui talian 03-9074 4144 atau melalui email admin@karyaseni.my

PANDUAN MENGHANTAR RINGKASAN CERITA

Penulis yang berminat untuk menghantar karya ke PENERBITAN KARYASENI mestilah terlebih dahulu menghantar ringkasan cerita yang sudah lengkap ditulis. Editor akan menilai sama ada sinopsis yang dihantar itu bersesuaian dengan konsep PENERBITAN KARYASENI.
Panjang Ringkasan Cerita: 700 hingga 1300 patah perkataan.


PENTING!

1. Penulis yang menghantar sinopsis ke PENERBITAN KARYASENI selalu membuat satu kesilapan yang amat popular. Mereka mengakhiri sinopsis dengan ayat seperti contoh; “Adakah mereka berdua hidup bahagia?” atau “Berjayakah Ain Maisarah menghadapi liku-liku cabaran dalam hidupnya?”
Sinopsis yang dihantar mestilah lengkap ditulis keseluruhan jalan cerita termasuk penyudahnya (ending). Editor-editor PENERBITAN KARYASENI mesti mengetahui kesudahan cerita yang hendak disampaikan bagi tujuan penilaian sesebuah manuskrip atau proposal.
2. Sediakan sinopsis dengan pembahagian perenggan yang sesuai untuk memudahkan editor menyemak. Jangan tulis tiga muka sinopsis tanpa sebarang perenggan. Kekemasan dalam penulisan perlulah dititikberatkan.

No comments:

Post a Comment

Dah baca post entry ni? Ace komen sikit.. ^^