SweetMuslimah.com







Wednesday, September 9, 2015

Bila Semangat Menulis Hilang & Datang Kembali~~~

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka

Image result for assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

| cerita cik ct |

Assalamualaikum n hai semua...

Hehe, hari ni buat yang se'jarang' kalinya aku nak menulis di sini... 
Menulis secara peribadi, bukan berkongsi karya cerpen ataupun karya novel yang sedang aku siapkan...
Maafkan aku.
Kemungkinan besar hari ini aku takkan kongsikan cerita-cerita 'imaginasi' yang aku tulis.
Hari ni Ct Roxalynna hanya ingin berkongsi satu luahan.
Sekadar luahan perasaan...

Sama ada korang sudi baca atau tidak, itu terpulang..
Huhhu.
Yang pasti aku hari ini, menulis sebagai seorang penulis baru yg masih perlukan sokongan pembaca2 di luar sana...

Ada mata baca post ini,
Ada hati fahami...

Okay mula cerita...
Sebenarnya macam ni...
Baru-baru ni.. Ada lah dalam dekat 3 bulan jugak..
Aku sesaje bukak lagi satu blog..
Hahha.

Kira macam personal blog le..
Aku nak share thoughts and apa2 info yang menarik kat situ...
Just 2 cents of mine punya blog la kiranya kat situ...
*berapa banyak kira sampai tak terkira lorh*

Buat aku menulis sesi2 luahan atau buat share apa2 kan...
Yg blog 'Dunia Ct Roxalynna' ni aku hadkan utk karya..
*konon gitulah*

Tapi...
Bila aku perhatikan, bila aku fokus kat blog baru tu, blog yg kat sini macam terbiar...
Nampak sangat aku macam pilih kasih dan tak reti bahagi kasih2 sayang kat blog2 ni...
Duhhh. *facepalm sedebik*
Tak reti bahagi masa langsung kan aku ni..

Bukan tu aje...
Aku mulai berasa...
(cewwahhh.. haha, maap ayat novel)

Aku mula lengah dan tak fokus nak menghabiskan manuskrip..
Sejujurnya, dah agak lama aku tinggalkan manuskrip novel aku...

Yang mana?
Penghalang Bahagia(PB), Tak Nak Kahwin La!(TNKL) and ada lagi satu yg aku tak letak tajuk lg...

PB ada la dekat sebulan aku tak sentuh...
Gila kan?!
Cerita tu dah setahun aku start tulis bab by bab...
Dah dekat 3 tahun juga aku cuma merangka dalam kepala susunan jalan cerita, watak dan perwatakannya..

Tapi...
Bila aku try kongsi kat blog/penulisan2u dan ilham serta beberapa portal penulisan yang lain...
Sedang aku pasang harapan dan impian biarlah  ramai orang menilai dan komen apa yg aku tulis...
Ternyata...
Harapan aku tinggal harapan...
Haha...
Bukan mudah rupa2nya nak tarik pembaca untuk komen post kita tu...

Bagi aku, tiada komen, maknanya pembaca hanya berminat untuk membaca..
Atau sekadar membaca sepintas lalu shj.
Jadi saya tidak tahu...
Kisah yg saya tulis itu menarik kah, so-so kah, atau "alahhh, cincai aje minah ni tulis..."

Huhu, to be honest...
Takde komen = salah satu faktor semangat aku untuk menulis pun macam slowly jatuh merudum.
Dussshhh..

Komen yg walaupun agak menyakitkan hati adalah lebih baik daripada tiada komen langsung sebenarnya. ini hakikatnya buat seorang penulis yg dah perah idea untuk menulis sesuatu. Salahkah apa yang saya usulkan ni?

Entahlah...
Pada penulis lain mungkin tidak mengapa kot kalau tulisan mereka tidak dikomen...
Tapi kalau saya, entah kenapa, saya rasa agak down...

Sejujurnya begitulah...
Bila dah down, macam meningkat pulak perasaan 'malas' a.k.a M besar tu kan..
Yelah, bila kita stress, mudahlah writer's block tu menyerang...

Apa tu writer's block?
Dlm bahasa mudahnya, writer's block ni ialah seorang penulis ketandusan idea untuk menulis...
*nak tahu lebih lanjut tentang writer's block, sila Google yea, jgn duk malas sgt. :p huhhu~*

Kadangkala idea ada, tapi bila minda mengalami tekanan,
makanya...
Kekdah (kaedah) nak elaborate atau mengolah idea yg datang tu entah ke mana...

Itulah jadinya bila seorang penulis baru yg suam2 tahi ayam ni mula 'down' untuk menulis.

Sebenarnya~
Dia tak harap banyak.
Dia tak harapkan pun berjuta orang baca cerita dia.
Seorang dua pun jadi lah...
Bagitahu jikalau cerita ini loose atau longgar ke?
Atau gaya penceritaan itu memberi perasaan mengantuk...
Dan sebagainya...
Bla bla bla...
Conclusion nya, seorang penulis memang happy sangat bila orang yg approach then follow cerita dia tu komen apa yg penulis tu sajikan...
urmmm

Haha. Sorry dear u'olls...
Panjang pulak luahan aku ni kan...

Okay itu tentang luahan saya di blog ni...

Tentang blog lagi satu...
Yang ctroxalynna.blogspot.com tu...
(dulu masa baru2 buat, guna celotehcikct.blogspot.com)

*Ohhh lupa.. 
Sekarang semua blogspot dah bertukar ke blogspot dot my... Harap maklom ye buat sesiapa yangg belum perasan tu*

Haha, yg ni aku nak gelak ada, nak menangis pun ada...
huhu haha hihi...
Rasa macam Nuriz dalam NCCP tu pulak gilanya...
Ct buat blog kedua konon nak jadi tempat luahan n nak buat post yg related dgn novel review/product review sebenarnya...
Dgn nak membebel lagi berceloteh tak tentu hala...
Tak macam kat blog ni...

Tapi..
Tak lama lepas buat blog tu, ai dapat kerja u'olls...
Kena pulak masa dapat tu masa dekat2 raya..
Busy toksah cakap le, mostly asyik dpt OT.
Haha..
Kerjanya plak agak memenatkan...
6-8 jam kerja sehari(belum campur OT)...
Balik tak tentu...
Balik kerja plak memang dah tentu2 lah mengantuk + penat tahap gaban..

So, memang tak sempat lah nak sentuh apa2...
Mss(manuskrip) pun aku tak sempat sentuh, apatah lagi blog kan..
Huuhhhuuuu~ *nanges meraung, kesat hingus*

Jadi...
Agak terbengkalai lah blog tu buat beberapa ketika...
Tak sempat nak tulis apa.
Tak sempat nak post apa2 sangat...

Dari situ...
Makin banyaklah semangat menulis aku...
Yang shhuuummm...
Jatuh MERUDUM..!

Tapi..
Lately, aku baru menyedari...
Yang aku ada 'rasa sedikit kosong' atau hilang bila mana aku tak menulis bait-bait kata yang mana jari-jemari aku dah biasa menari-nari di atas papan kekunci netbook yang selalu hang ni...

Ya, aku rindu menulis...

Jadinya...
Sekarang ni aku decide nak terus menulis dan berkongsi cerita...
Dalam...
1 blog sahaja..!
huhuhihihoho~

Blog mana?
Blog ini lorh~

Sebab utama... Huhhu. T_T ~ kerja sekarang = menulis novel & cerpen utk projek bersama tu..

Namun disebabkan aku masih mahu menulis dan 'menggila' dalam berblogging...

So...
Aku akan start menggila dan menggonjeng di sini sekali...

Karya2 seperti teaser cerpen/novel mungkin akan aku kongsi di sini..
Manakala edisi penuh atau yg lebih banyak akan aku kongsikan di Wattpad ~^_^

Jadi...
Siapa yg nak follow cerita2 aku yg tak seberapa tu, silalah ke Wattpad ye?
Jgn lupa jemput follow& baca PB yg Ct dah edit~ ^_^

Kemungkinan di blog ni aku kongsikan karya2 mss novel n beberapa cerpen shj...
Selebihnya aku akan aktif berkongsi perkara lain di blog ni yg aku rasa nak share...
Sekarang nampaknya tak boleh nak share byk sgt juga..

Terlalu banyak isu PLAGIAT.
So, perkara macam ni pun merisaukan aku jugak nak kongsi lelebih apa yg aku tulis...
Ada beberapa kali aku terkebil-kebil bila baca semula karya2 aku yg dikatakan ada kesamaan dgn karya penulis lain..
Itu lagi dahsyat buat aku rasa tak nak menulis.

Tapi...
Aku tahu apa yg aku buat..
Aku menulis ikut hati, dan ikut fikiran yg waras...
Apa yg terhasil adalah daripada hasil kerahan idea aku yg tak seberapa ini, hasil sumbangan DIA yg mengurniakan akal yg baik ini. (Alhamdulillah)..

Tetapi...
Sebagai langkah berjaga-jaga, aku tetap akan mengawal perkongsian cerita2 itu...
Sebagai langkah berjaga2 agar mood menulis aku tak terbang lagi...
Hihihi.

Okay.. rasanya itu aje yg aku nak bebelkan hari ni...
Kepada yg follow Ct tak kiralah sama ada di blog, Google+ , FB serta IG~ ^^
*juga Wattpad yg baru ni*

Ct nak ucapkan Terima Kasih banyak2~^^

Image result for thank you

Jasamu dikenang.
*amat amat amat* 
*sangat sangat sangat*

Siapa yg rasa nak Ct follow semula blog/media sosial anda..

Bolehlah komen di sini atau pun di ruangan Shoutbox (tu kat penjuru bawah kiri skrin)..
Insya-Allah lepas ni Ct akan follow semula..

Di akhir kata, Ct minta maaf atas keterlanjuran kata disebabkan beberapa 'kegilaan' dan 'kemamaian' dalam n3 post kali ni~

Sekian, that's all.

Ct nak sambung siapkan cerpen yg masih tertunda tak siap lagi walhal esok dah kena hantar.
*Doakan Ct yer!*

Kbai. Wassalam~^^

4 comments:

  1. Jgn putus asa dik.
    DONGIBAP.
    KIPIDAP.
    UCANDUIT.

    :)

    ReplyDelete
  2. Selamat Mendaki Ct!! Tp, pastikan alat-alat mendaki cukup semua. hihi
    Chaiyook!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea Aeyfa... :)
      You too...
      Kita daki sama-sama~^^

      Delete

Dah baca post entry ni? Ace komen sikit.. ^^