Thursday, May 28, 2015

[TEASER] Love All Around Us (Part 2)

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka



Bahagia? Bahagiakah aku ketika ini?
Aku tersenyum senget. Sekejap cuma. Hambar dirasakan.
Senyuman yang menghiasi bibirku terus mati. Saat mataku mulai tertancap pada wajah dan susuk tubuh yang terpamer di cermin meja solek. Mataku ralit memerhatikan ‘dia’ yang ada di cermin itu. Dari atas hingga ke bawah. Aku mengamati segenap inci wajah dan tubuhku.
Keluhan berat dilepaskan.
Seberat beban yang telah dipikul selama beberapa bulan ini. Sama berat dengan berat tubuhku sekarang ini! Hatiku sudah mulai diserbu perasaan yang sukar dimengerti.
Aku membandingkan ‘aku’ yang ada di dalam cermin itu dengan ‘aku’ yang ada di dalam potret perkahwinan itu. Amat ketara perbezaannya!
Lapan tahun ini...
Sudah mengubah diriku sepenuhnya. Bukan setakat pada pemikiran, malah pada fizikalku juga.
‘Aku’ yang berada di dalam gambar itu dulu tampak ceria dicempung oleh suamiku dalam busana pengantin yang memang... Fuhhh, menunjukkan betapa slim lagi rampingnya aku dulu. Nampak cun dan meletopssss gitu...
Potongan badan yang ideal, ditambah dengan raut wajah yang cantik serta kelulusan dan kerjaya yang aku ada, memang... menakjubkan sungguh aku yang dulu!
Tapi...
Sekarang? Aku yang dapat dilihat di dalam gambar kami pada lapan tahun yang lalu itu... Sudah tak sama! Aku yang dulu bukanlah yang sekarang...
Tiada lagi pinggang yang ramping, yang ada hanyalah lebihan lemak yang sudah menggelebeh melebihi yang sepatutnya. Aku mengeluh. Hampa!
Kerana perubahan yang semakin ketara inikah dia juga sudah mulai berubah?
Perasaan sebak tiba-tiba menebal. Air mata sudah bergenang. Tunggu masa sahaja untuk gugur.
Tanganku menekup mulut. Tak percaya dengan apa yang kulihat. Hati ini terkilan apabila terkenang layanan yang dia berikan kepadaku kebelakangan ini.
Terhenjut bahuku. Akhirnya...
Air mataku gugur jua. Ternyata aku tidak kuat. Tangisan itu jatuh juga. Berlinangan...
Tidak lama aku dapat melayan perasaan, tiba-tiba kedengaran pintu bilik dikuak. Cepat-cepat aku seka air mata yang membasahi pipi dalam keadaan tertunduk.
Aku tak nak orang lain nampak aku menangis. Lebih-lebih lagi ‘orang’ yang baru masuk bilik tu. Biarlah aku berduka dalam diam.
Orang tu... Suamiku. Satu-satunya lelaki yang amat aku sayangi dan cintai di dunia ini. Imam yang  mengetuai kemudi rumahtangga ini dengan hangat kasih sayangnya selama ini.
Tapi... Kini, dia begitu dingin denganku!
Layanannya hampir 100% berubah daripada dia yang dulu! Kasihnya seakan hanya ditunjukkan buat anak-anak tapi bukan untukku!
Kerana fizikalku yang dah berubah, cintamu kepadaku juga turut berubah ke? Aduhai encik suami, kenapa awak buat saya macam ni? Awak sengaja seksa jiwa saya dengan kedinginan awak tu, tau?

Mana lah dia nak tahu... Aku kemam semua sendiri di dalam hati.

Air mata sudah sepenuhnya kukesat. Senyuman paling manis cuba kuukir di bibir. Wajah kudongakkan semula. Di cermin, terpamer wajahku yang kononnya ceria.
Aku menoleh, mebuang pandang ke arah si dia. Bingkas aku mendekatinya.
“Abang baru balik?”
“Hurmmm,” itu sahaja jawapan yang kuterima. Sedikit pun dia tidak memandang wajahku.
Hati yang sudah terasa, tidak aku endahkan. Tangannya cuba kuraih untukku salam dan cium. Itulah yang sering aku lakukan tiap kali dia pulang daripada kerja.
Akan tetapi...
Belum sempat aku kucup tangan yang amat kurindui itu, dia sudah cepat-cepat menariknya. Wajahnya yang tegang, tanpa segaris senyuman langsung menerobos anak mataku saat aku berdiri tegak semula.
Keruhnya wajah itu, membuatkan aku semakin tidak keruan. Seperti selalu, cepat-cepat aku sedapkan hati.
Aggh, tak mengapalah. Mungkin dia penat tu, desisku.

Menikus juga aku melihatkan riak mukanya yang macam tunggu masa nak ‘ngapp’ (telan) aku tu. Cehhh, macam dapat dia nak telan aku yang sudah berkilo-kilo ni.
Segera aku menjauhinya. Beg yang baru dia letakkan dengan kasar di atas katil kami itu aku ambil.
“Abang nak mandi? Kalau nak, Sha ambilkan tuala ya?” soalku, usai menyimpan beg kerjanya di tempatnya. Soalanku tak berjawab.
Dia sudah menghilangkan diri ke ruangan kabinet bajunya di bahagian yang agak tersorok di dalam bilik kami ini.
Aku mengeluh. Sedih memikirkan dia dengan perubahan dinginnya kebelakangan ini.

cc :
E-la Adiey (cover)
Kak Weeda Ahmad (pencetus idea)

UPDATE (18/10/2015) : Sambungan bakal diletakkan di portal Ilham Karangkraf~^^

6 comments:

  1. ya aLALLAH, sedihnya. kesiannya dgn Raisya. terbaik dik. sangat terbaik. kisah yg benar2 mampu membuatkan kita tergamam. bagus2 nak lagi. hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. akak puji lelebih..pasal nak lagi kan?
      Insya-Allah .. tengah usaha siapkan..^^

      Delete
    2. Hahaha, terima kasih banyak2, kak... Labiu meyh~ :)
      Macehhh baca cete ni..
      Nah, muahciked~

      Delete

Dah baca post entry ni? Ace komen sikit.. ^^