SweetMuslimah.com







Tuesday, May 26, 2015

[TEASER] Love All Around Us (Part 1)

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka

Assalamualaikum...
Tak nak kata banyak, ce baca sambungan post ni...
Cerita ni bakal menyusul tak lama lagi..
Cerkon a.k.a cerpen aje tapinya~
Hehehe..^^


Tuk tak! Tuk tak!
Kedengaran jelas derapan laju daripada kakiku. Kaki yang sedang diusahakan supaya menghabiskan satu lagi pusingan. Pusingan ke-10 dalam lari-lari anak yang dipanggil jogging ini.
‘Yeah, aku boleh!’ Jeritku dalam hati. Ini semua demi menjaga stamina dan mengekalkan tubuh badan yang lebih sihat dan sentiasa ringan! Jogging di taman rekreasi! Oh yeah...
Peluh yang merenik di dahi, aku kesat menggunakan tuala kecil yang tersangkut di bahu.
“Raysha Risyfa! Tunggu aku!”
Segera aku menoleh. Erk! Aku tepuk dahi. Macam mana lah aku boleh terlupa kawan aku kat belakang ni? gerutuku sendiri.
Dengan riak sedikit bersalah, aku memandang wajah sahabatku, si pemilik nama Malika Iqlima itu. Jelas kelihatan dia sudah ‘pancit’. Tak larat lah tu! Mengah. Semput betul kawan aku tu nampaknya, desisku.
Terus berubah serta-merta riak wajahku. Aku tersengih. Cuba menahan tawa. Kasihan dan lucu melihatkan Malika yang sudah kepenatan mengejarku.
Aku jogging secara mengundur pula bagi menghadap wajah Malika. Larian sudah kuperlahankan. Bagi senada dengan langkah Malika. Agar dia tak ketinggalan jauh lagi seperti tadi.
“Kau ni, tunggu lah aku! Ni pecut macam lipas kudung! Lipas pun tak lari macam kau, tau!” Malika sudah mula mengomel. Merah padam mukanya.
Amboi! Bengang betul nampaknya kawan aku ni. Sampai tersembur-sembur air liur tuh! Eeeiii... Aku tahan sabar. Tahan gelak.
“Alah, sorry lah. Aku kejar kucing depan tu tadi,” ujarku. Sengaja mencipta alasan. Tak logik langsung! Mana ada kucing pun kat taman pepagi macam ni.
Malika terus mengomel. Aku pekakkan telinga dan tahan dengan senyuman aje.
Tiba-tiba...
“Raysha, hati-hati. Belakang kau!” ujar Malika, cemas. Cuba memberikan amaran kepadaku. Lantang suaranya.
Aku terkejut! Belum sempat aku menoleh habis dan menghentikan ayunan kakiku...
Bukkk!
Memang sedap! Apa benda yang aku tercium ni?
“Ptuih! Masin!” tukasku sambil bingkas mengesat mulut menggunakan hujung jari.
Batang hidungku sudah terasa senak. Kesan daripada pelanggaran tadi.
Belum sempat aku angkat wajah untuk mencari apakah yang aku langgar tadi, “Awak okay?”
Suara lelaki itu menerjah gegendang telingaku...
Aku angkat wajah. Pandangan kami bertembung. Entah kenapa aku rasakan pandangan kami bagai terkunci.
Aku terpesona memandangnya. Susuk tubuh dengan bahu yang tegap, Dada yang bidang.. Fuhhh, figura yang popular dipanggil ‘sado’ kebelakangan ini.
Aku terpana dalam panahan anak matanya. Anak mata yang bewarna hitam itu.
“Rayqal!” kedengaran ada suara berteriak daripada jauh. Tersedak! Terperanjat sekali lagi! Bagai nak luruh jantung ni.
Terus aku tersedar daripada panahan yang hampir menjerumuskan aku ke arah zina mata ini.
“Rayqal Rifqaz!”


PSSSTTT...
Amacam?
Okay tak sedutan teaser ni?
Ace komen?
Terima kasih kepada E-la Adiey yg sudi buat semua cover comeyy nim!

2 comments:

Dah baca post entry ni? Ace komen sikit.. ^^