Saturday, July 5, 2014

Bengkel Penulisan Kreatif...Aiman Azlan

BACA : Novel Kita Suka Sama Suka

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, bulan April lepas dipenuhi dgn aktiviti yg penuh pengisian...



16 April 2014...

hari yang amat menggembirakan aku sebagai seorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan cerpen / novel dapat berjumpa dengan blogger/vlogger yang terkenal dengan penulisan berunsurkan keilmuan,
 Encik Aiman Azlan. :)

Alhamdulillah, terima kasih aku ucapkan kepada pihak yg jemput En. Aiman Azlan dan menganjurkan program ini. Aku pun dapat turut serta sebagai peserta dan urusetia untuk program ini.

Bengkel yang dijalankan  sedikit sebanyak telah membantu aku untuk mengembangkan lebih lagi bakat yang telah sekian lama terpendam. Tips- tips yang diberi juga amat berguna dan menolong aku yang masih lemah dalam dunia penulisan dan blog ini... Huhhu.. :)

Antara persoalan yg kita harus tanyakan kepada diri kita sebelum menceburkan diri kita ke dalam dunia penulisan yang aku dapat daripada sauadara Aiman ialah.... Jeng jeng jeng~(bagi saspens jap eh...Hehehehe...)

Mengapa kita pilih perkongsian melalui penulisan?


Soalan ini ditanyakan umum kepada audiens yg hadir di bengkel malam tu. 
Antara jawapan yang didapati :

- Melalui penulisan, kita dapat sampaikan apa yang kita inginkan kepada audiens tanpa melibatkan elemen face-to-face antara penyampai(penulis) dgn audiens (orang yg membaca). 

Yup..
Aku agak setuju dgn pendapat ini.
Sebab hakikatnya, aku bukanlah seorang yang berani berhadapan dgn ramai audiens secara face-to-face.
Pernah dulu aku nak masuk pertandingan bercerita, dah saat akhir lagi genting, aku tarik diri sebab rasa nak pengsan lagi sesak nafas kerana gemuruh yg tak hilang.
 Disebabkan itu aku lebih selesa bekerja di belakang tabir... :)

Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga, walaupun ini satu2nya bengkel yang baru aku dapat pergi.
Berkat bergelar pelajar universiti. Banyak juga input yang aku dapat dari sini.

Tapi...

Hihihihi...
Aku lupa aku salin kat mana nota2 yg aku dapat dari bengkel ni.
Plus, dgn gambar2 time program bengkel ni hampir semua hilang disebabkan memory card tab aku yg rosak.
Tak dapat nak ingat semua... 
-_-
(Sedihnya...Kesabaranku teruji...)

*Yang aku ingat, malam ni aku naik stage, Encik Aiman bagi aku trofi sebab aku menang tempat ke-3 dalam Pertandingan Penulisan Kreatif
(Cerpen : Love You Till Jannah)

Huuu, Alhamdulillah tak sudah! Maha Suci ALLAH atas segala limpah kurnia-NYA.

*Yang lucunya , MC sebut nama aku tak habis. Dia sebut nama aku 'Siti Rozalina' sahaja. Encik Aiman dah pelik sebab awalnya bila aku bertanya soalan, aku sebut nama aku Hawa.
Thanks to Abang Nik yang tolong sebutkan nama aku tu. :)

Emmm.. 
Tapi gambar takde.
Kenangan aku bergambar dengan Encik Aiman dan isteri dia.
Dengan penganjur dan urusetia/peserta.
Semuanya...
Dah hilang. :(
Ada pun kat Instagram lah kot.
(kalau aku tak TER delete lah)
Tapi Insya-ALLAH kekal dalam ingatan.

Jadinya...
Minta maaflah ya.
Sampai sini je aku punya cerita.
Tak dapat nak kongsi semua
Sebab ingat sikit ja...

Sekian, salam dariku, Ct Roxalynna...^^

No comments:

Post a Comment

Dah baca post entry ni? Ace komen sikit.. ^^