Skip to main content

Clefty Me =)

Nak luahkan sesuatu yg agak panjang sikit.. 


Harap sudilah luangkan sedikit masa anda untuk membaca entry ini..


Ini cerita pasal saya, tiba-tiba saya teringat kisah lama saya, ya, bukan mudah nak lupakan sesuatu yang agak pahit...Disebabkan wajah saya ini, tapi saya masih boleh tahan lagi dulu bila orang ingat saya ni budak 3 suku, budak down syndrome, dan ada pernah ingat saya OKU (Orang Kurang Upaya). Sebab saya tahu ALLAH SWT itu Maha Berkuasa. Saya bersyukur sebab DIA beri saya keluarga yg penyayang dan menyokong saya selama ini. Juga beberapa orang sahabat serta guru-guru yang banyak mengajar saya erti kesabaran. Awal2 dulu memang sakit sangat nak tadah kata-kata ini... Sakit yang bukan kepalang! Tapi sekarang perlahan-lahan saya sudah fahami hikmah yg tersirat di sebalik semua ini.





Dilahirkan dalam keadaan yang sumbing dan lelangit serta anak tekak yang terbelah tidak membuatkan ibu saya berputus asa. Ibu terus berusaha mencari wang untuk membiayai kos pembedahan mencantumkan semula sumbing mulut saya. Kos itu bukan seringgit dua, tetapi menelan ribuan ringgit! Ibu perlu bekerja keras dalam mencari dana. 


Nampak macam ketawa kan?
Tapi sebenarnya menangis tu...




Air mata mengalir apabila emak saya ceritakan bagaimana istimewanya saya dan berbezanya layanan yang saya dapat berbanding layanan yg diberikan oleh emak kepada anak yg lain... Payahnya emak hendak menjaga saya ketika bayi dahulu, emak terpaksa pangku saya bila saya menangis mahukan susu. Saya tak seperti anak lain yang boleh terus disumbat dengan puting atau botol susu. Emak terpaksa bersengkang mata bila waktu malam, emak menyuakan sudu demi sesudu susu daripada gelas kepada saya untuk saya minum hingga saya kenyang. 






  
Tetapi dalam kebahagiaan, pasti ada terselit sedikit hasad dengki daripada masyarakat sekeliling dan sebahagian ahli keluarga yang mempersoalkan kenapalah keluarga saya sanggup bersusah-payah membela saya.. 


Sedikit sebanyak saya termakan dan pernah juga terjatuh oleh kata-kata kejam mereka ini... Emosi saya membuatkan saya ingin memberontak. Saya berubah. Kasihan keluarga saya terpaksa menghadapi kerenah saya yang suka memberontak pada zaman remaja. 



Tetapi kini saya sedar...



Bukan senang nak bangun bila terjatuh. Bukan senang nak pulih bila hati ditikam dengan kata-kata nista yang kejam. Dan bukan mudah nak menepis trauma menghadapi dunia luar dengan yakin. Hanya berpegang kepada satu prinsip, saya ini seorang Islam, saya mempunyai tanggungjawab yang harus dilaksanakan, berdosa saya nanti jika saya terus lalai daripada tanggungjawab saya. Saya pernah terjatuh atas kotornya hasad dengki orang, saya pernah diejek itu ini, saya pernah takut hendak menghadapi dunia luar... 


Manusia, biasalah, bila mereka menilai seseorang itu tanpa pertimbangan yang sewajarnya mereka fikir mereka hebatkah? Tidak! Pada saya mereka hanya manusia yg senteng otaknya, biadab akhlaknya. Mereka fikir mereka itu Tuhankah utk menilai manusia lain sewenang-wenangnya? Tapi bila saya fikir-fikir balik, inipun salah satu bentuk ujian yang harus dihadapi dengan bijak. Persetankan sahaja kata-kata mereka ini. Asalkan saya berusaha sehabis mungkin untuk melalui landasan yg betul...




Saya hanya seorang perempuan biasa yg baru ingin mengenali maksud hidup, saya ingin hidup yg sederhana seperti kawan-kawan sebaya yg lain. Tapi sudah dikatakan hidup di dunia kan? Mana boleh terlepas daripada semua ujian daripada-NYA. Kerana dunia adalah medan perjuangan dimana hasilnya akan kita dapat di akhirat nanti.

Jika kita pernah terfikir untuk berputus asa, renunglah kembali apa tujuan kita dihidupkan di dunia ini. Sebagai seorang Islam, tujuan hidup kita hanya satu, menurut apa yg diperintahkan oleh-NYA dan meninggalkan larangan-NYA... Bila kita rasa menyesal dgn kesalahan kita yg lalu, ingatlah DIA Maha PENGAMPUN lagi Maha PENYAYANG, Maha Penerima Taubat... Maka, bertaubatlah kepadanya. Pintu taubat sentiasa terbuka dan berubahlah menjadi lebih baik dgn perlahan-lahan.

Saya seorang perempuan Islam, seorang anak, seorang adik, dan juga seorang pelajar yg masih dan takkan pernah berhenti untuk belajar. Segala salah silap apa yang saya tulis ini, harap sudi dimaafkan.



~Never let yourself regret for something you had done or something you'll do. 


~Think carefully before you do something.


~Don't let your emotions control you, but you are the one who need to control your emotions.


Insya-ALLAH... 

Jika kita belajar meyayangi dan memaafkan diri sendiri serta orang sekeliling, kita akan berasa lebih tenang.

ALLAH tak beri apa yang kita mahu kerana DIA tahu apa yang kita perlu. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. 


Sekian daripada saya. Wassalam. 



Comments

  1. I feel u sis, masa kecil dulu berkurung dalam rumah sebab malas dengar orang panggil 'si hidung senget'. Dekat sekolah pun taknak berkawan dengan orang sangat sebab gelaran diorang bagi. Memang tak pernah suka tengok cermin tapi kuatkan hati je hidup

    ReplyDelete
  2. Allah ct....saya bangga sangat Allah tabahkan jiwa awak dan beri kekuatan untuk bertahan sehingga hari ini. MasyaAllah hebatkan Tuhan Dia uji setiap hamba selayak dengan kemampuan. Semakin besar ujian seseorang semakin sayanglah Dia pada hambaNya.

    Saya doa semoga awak sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki serta diberi kekuatan untuk terus menghadapi dugaan hidup. Chaiyok ct!!!!
    ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Dah baca post entry ni? Ace komen sikit.. ^^

Popular posts from this blog

[CERPEN : Special Hari Raya] Di Hujung Harapan Aidilfitri

P/S : masih terdapat kesalahan ejaan / perkataan yg masih belum sempat diedit. Harap maaf.
Selamat Membaca.
Kupinta mohon dan maaf atas segala kesilapan dan kekurangan cerpen ini.


DI HUJUNG HARAPAN AIDILFITRI
PAGI 1 Syawal. Setelah orang ramai pulang dari solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar. Laa ilaaha illallahu Allahu Akbar, Allahu Akbar walillahilhamd...
            Takbir raya berkumandang di siaran televisyen. Cukup sayu kedengaran bagi mereka yang menghayatinya sepenuh hati. Takbir yang menandakan rasa syukur atas kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.
“Ayish nak salam atok.”
Anak kecil yang baru berusia tiga tahun setengah itu tersenyum ceria. Petah sungguh tutur bicaranya. Di dalam fikiran anak ini hanya tergambar keriangan suasana hari raya. Tiada langsung gambaran duka.
Lebih-lebih lagi apabila melihatkan segenap ruang di rumah kampung datuknya ini dipenuhi saudara-mara yang pulang beraya. Semakin sukalah dia dibuatnya.
Sung…

[CERPEN] Labiu, Mr. Taxi Driver Celupku~

“Zareen Imtiyaz Imani!!!”
            “Oiiii, mak nenek aku mau copot jantungku! Eiii aleyyy aleyyy, terperanjat eyyyy!!!”
            Novel di tanganku terlepas. Habis jatuh ke lantai novel yang baru kuhabis baca separuh itu. Sungguh!Aku terkejut sangat! Makhluk tuhan yang mana pulak jerit nama aku ni? Nak gugur jantung aku dengar jeritan bak halilintar membelah bumi ni.
“Astaghfirullahal ‘azim...” Mengucap panjang aku selepas ‘termelatah’ tadi. Aku menenangkan diri seketika. Kemudian dengan pantas aku menoleh ke belakang. Ingin melihat siapalah agaknya gerangan malaun yang buat aku hampir kena heart attack tadi ni.
Huh??? Huk aloh, minah ni yang bikin kecoh rupanya. Siot punya kawan. Aku pandang sekeliling pula. Segera aku tundukkan kepala bila tersedar akan sesuatu. Cover wehhh, cover kononnya ambil novel yang terjatuh kat bawah tadi. Hihihi. Mana tak malu woooo bila tengok beberapa orang kat meja sebelah dah tersengih macam kerang busuk tengok aku melatah macam mak nenek t…

[Cerpen Seram] Teman...

TEMAN... “Awak ambil barang saya, jadi biar saya temankan awak...”
MALAM itu bulan mengambang penuh. Almaklumlah, malam pertengahan bulan Islam. Tia tersenyum sendiri tatkala matanya menjamah panorama yang mengasyikkan itu. Dari celahan batu angin di tangga asrama itu, jelas di mata Tia menangkap cahaya bulan yang begitu indah. Subhaanallah! Maha Suci Allah yang indah dan sukakan keindahan hingga terciptanya suasana yang juga indah ini. “Tia? Baru balik? Daripada Pahang ke ni?” bertalu-talu soalan menyapa gegendang telinga Tia. Dia mencari wajah pemilik suara yang menegurnya itu. Oh, Mila rupanya. Lalu Tia mengangguk dan menghadiahkan senyuman buat temannya itu. Mila, rakan sekuliah merangkap jiran bilik sebelahnya di asrama kolej matrikulasi itu. “Untunglah jadi ketua aras, boleh pergi sana sini. Best betul dapat jalan jauh-jauh ikut kem kepimpinan...” sambung Mila lagi. Kedengaran nada cemburu di situ. “Tak best la Mila. Penat giler kot aku kena ragging tiga hari ni. Nasib baik Jumaat eso…